Analisa terhadap Operasi dan Prestasi Penyertaan Simpanan Umat Islam dalam Tabung Haji pada tahun-tahun 80an / Sh. Ameelia Akma Mohd Ramly and Shahida Shaari

Mohd Ramly, Sh. Ameelia Akma and Shaari, Shahida (1991) Analisa terhadap Operasi dan Prestasi Penyertaan Simpanan Umat Islam dalam Tabung Haji pada tahun-tahun 80an / Sh. Ameelia Akma Mohd Ramly and Shahida Shaari. Diploma thesis, Universiti Teknologi MARA.

Abstract

Kajian ini adalah merupakan suatu gambaran secara keseluruhan terhadap prestasi dan operasi Tabung Haji. Ianya bertujuan untuk membantu pihak Tabung Haji menarik lebih ramai umat Islam bergiat dalam aktiviti pelaburan dan simpanan tanpa riba, selain dapat menunaikan ibadat haji dengan lebih sempurna. Di samping itu juga, pihak kami cuba mengesan beberapa kelemahan dari segi pengurusan Tabung Haji (meliputi aspek kewangan, pelaburan dan aktiviti-aktiviti anak syarikat). Begitu juga kejayaan yang telah dicapai oleh Tabung Haji dari aspek kualitatif dan juga kuantitatif berdasarkan jumlah penyimpan dan simpanan yang dibuat. Dari tinjauan yang telah dijalankan, didapati bahawa jumlah simpanan meningkat akibat pertambahan bilangan jemaah haji dari tahun ke tahun. Tetapi masih ramai umat Islam yang tidak menyedari wujudnya Tabung Haji yang berfungsi sebagai sebuah institusi kewangan dan pelaburan yang menguntungkan. Untuk itu pihak kami telah menggariskan beberapa cadangan bagi membantu pihak Tabung Haj i mengatur strategi baru ke arah peningkatan kesedaran umat Islam terhadap operasi-operasi yang dijalankan. Kami juga mendapati teknik-teknik promosi yang diamalkan oleh Tabung Haji masih kurang berkesan. Penggunaan media massa yang luas liputan adalah perlu bagi membantu menyelesaikan permasalahan ini. Walaupun keuntungan Tabung Haji meningkat dari masa ke semasa, tetapi pada hakikatnya masih terdapat ketidakselarasan antara bilangan penyimpan dan jumlah simpanan yang dibuat. Berdasarkan kepada kajian ini, kami berharap dapat membantu pihak Tabung Haji menyelesaikan beberapa masalah melalui penemuan-penemuan beberapa cadangan yang telah digariskan.

Metadata

Item Type: Thesis (Diploma)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohd Ramly, Sh. Ameelia Akma
UNSPECIFIED
Shaari, Shahida
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Administrative Science and Policy Studies
Programme: Diploma Public Administration
Date: November 1991
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/103249
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 103249.PDF] Text
103249.PDF

Download (117kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
Processing

ID Number

103249

Indexing

Statistic

Statistic details