Abstract
Sektor perindustrian merupakan salah satu sektor yang memberi sumbangan kepada sumber ekonomi sesebuah negeri dan juga Negara. Selain itu, ia juga turut dapat menjana pertumbuhan ekonomi dan menjadi pemangkin kepada ekonomi sesebuah kawasan. Dengan penyediaan segala kemudahan infrastruktur dan kemudahan asas yang lain dapat memberi sokongan terhadap perkembangan sektor perindustrian. Namun begitu, aspek alam persekitaran tidak harus diketepikan dalam keghairahan membangunkan sektor perindustrian. Konsep pembangunan mampan dan lebih prihatin kepada kualiti alam sekitar juga hendaklah dititikberatkan dalam prinsip perancangan fizikal sesuatu kawasan. Perancangan sesebuah kawasan perindustrian pertulah menurut garispanduan-garispanduan yang drtetapkan supaya semua pihak berpuas hati dan mendapat manfaat atas pembangunan perindustrian yang dijalankan. Dengan ini kualiti kehidupan masyarakat setempat dan sekitarnya tidak terjejas di samping dapat memelihara alam semulajadi. Ringkasan bagi kajian ini adalah berkenaan dengan kesan fizikal yang disebabkan oleh pembangunan perindustrian terhadap pembangunan kawasan sekitarnya. Kawasan yang dipilih untuk menjalankan kajain ini adalah di Sungai Way, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Kawasan yang telah dikenalpasti berhampiran dengan kawasan perindustrian adalah di SS 8, SS 9 dan juga SS 9A. Kesan-kesan fizikal yang dikaji adalah seperti kesan terhadap lalulintas, kesan terhadap alam sekitar, kesan terhadap penduduk, perumahan dan perniagaan. Data atau maklumat yang diperiukan dalam kajian ini terdiri daripada dua sumber iaitu sumber primer iaitu dari pemerhatian dan kajiselidik yang dijalankan serta melalui sumber sekunder iaitu dari laporan-laporan yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Petaling Jaya serta maklumat dari Jabatan Perancangan Bandar dan Desa. Setelah menjalankan kajiselidik, analisis akan dibuat untuk mengenalpasti kesan-kesan yang berkaitan dengan kajian yang dijalankan ini. Seterusnya, hasil daripada kajian tersebut akan dikeluarkan yang mana cadangan-cadangan akan ditentukan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang timbul di sekitar akibat dari pembangunan perindustrian tersebut terhadap pembangunan sekitarnya. Cadangan-cadangan yang disyorkan itu, diharapkan dapat menyelesaikan permasalahan yang timbul kesan dari pembangunan perindustrian di kawasan kajian terhadap kawasan sekitar dan seterusnya melahirkan sebuah kawasan atau pembangunan yang mesra alam dan selesa serta selamat untuk diduduki oleh orang ramai. Jadi untuk merealisasikannya, semua pihak termasuklah penduduk, pengguna dan pihak berkuasa tempatan perlulah berganding bahu untuk mencapai matlamat atau cadangan yang telah disyorkan.
Metadata
Item Type: | Thesis (Diploma) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abdul Latiff, Puteri Zanzarina UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > AC Collections. Series. Collected works |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Programme: | Bachelor of Surveying Science and Geomatics (Honours) |
Date: | 2003 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/103245 |
Download
103245.PDF
Download (164kB)