Kajian Kemudahan Masyrakat di Perkampungan Orang Asli di Pusat Pentadbiran Kecil Pos Koyan,Kuala Lipis Pahang / Norhafizah Mohamad Nadziri

Mohamad Nadziri, Norhafizah (2002) Kajian Kemudahan Masyrakat di Perkampungan Orang Asli di Pusat Pentadbiran Kecil Pos Koyan,Kuala Lipis Pahang / Norhafizah Mohamad Nadziri. Diploma thesis, Universiti Teknologi MARA.

Abstract

Orang Asli merupakan kaum asal di Semenanjung Tanah Melayu.Namun masyarakat ini masih ketinggalan dan arus pembangunan dan kemajuan. Secara majoritinya masyarakat ini masih tinggal di kawasan pedalaman tanpa adanya kemudahan dan infrastruktur yang mencukupi bagi memberikan taraf hidup yang selesa dan terjamin. Ekoran daripada itu, kajian akhir ini telah dijalankan untuk mengkaji Kemudahan Masyarakat Di Perkampungan Orang Asli iaitu di Pusat Pentadbiran Kecil Pos Koyan, Kuala Lipis, Pahang. Dalam masa yang sama, arah aliran perubahan sosial masyarakat pedalaman ini turut dikenalpasti bagi melihat sejauh mana tahap perubahan yang telah dialami oleh mereka Kajian ini dilakukan dengan menggunakan teknik soal selidik keatas penduduk kawasan kajian iaitu seramai 90 sampel. Sampel dipilih secara rawak. Selain itu temuramah dengan Pegawai Pentadbir kawasan kajian juga dijalankan bagi mendapatkan maklumat tambahan mengenai kajian. Hasil daripada soal selidik yang dijalankan penemuan masalah telah dikenalpasti iaitu tahap perubahan sosial masyarakat masih di awal peralihan ketahap masyarakat moden kampung. Kemudahan di kawasan kajian juga masih di peringkat paling awal di mana tidak terdapat kemudahan kemudahan masyarakat yang dapat mengokong kehidupan masyarakat. Masalah penyediaan kemudahan di sebabkan oleh masalah penempatan yang berselerak. Cadangan akan dikemukakan untuk menyelesaikan masalah yang wujud. Cadangan yang dibuat merangkumi strategi-strategi pembangunan iaitu Pembangunan Semula Kampung dan penyediaan kemudahan-kemudahan masyarakat .Pembangunan untuk masyarakat Orang Asli juga penting agar tahap penghidupan mereka lebih baik dan tidak ketinggalan dalam arus pembangunan.

Metadata

Item Type: Thesis (Diploma)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohamad Nadziri, Norhafizah
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Programme: Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Date: 2002
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/103227
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 103227.PDF] Text
103227.PDF

Download (153kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

103227

Indexing

Statistic

Statistic details