Faktor penggiat Virtual Learning Environment Frog (VLE Frog) dalam kalangan guru Pendidikan Islam sekolah rendah negeri Selangor / Mohd Faiz Mohd Baharan

Mohd Baharan, Mohd Faiz (2018) Faktor penggiat Virtual Learning Environment Frog (VLE Frog) dalam kalangan guru Pendidikan Islam sekolah rendah negeri Selangor / Mohd Faiz Mohd Baharan. Masters thesis, Universiti Teknologi MARA.

Abstract

Virtual Learning Environment Frog (VLE Frog) merupakan salah satu inisiatif kerajaan dalam mentransformasikan pendidikan di Malaysia dan memberi manfaat kepada semua murid, guru dan ibu bapa di sekolah. Namun, inisiatif ini dilihat tidak mencapai objektifnya walaupun telah diperkenalkan sejak Tahun 2011. Justeru itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kesediaan guru Pendidikan Islam terhadap penggunaan aplikasi VLE Frog di sekolah. Di samping itu, untuk mengenal pasti hubungan antara kemahiran YLE Frog, sokongan pentadbir sekolah dan sikap guru dengan kesediaan penggunaan aplikasi VLE Frog serta mengenal pasti pengaruh antara kemahiran VLE Frog, sokongan pentadbir sekolah dan sikap guru dengan kesediaan penggunaan aplikasi VLE Frog dalam kalangan guru Pendidikan Islam. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang telah dijalankan ke atas 367 orang guru Pendidikan Islam di Negeri Selangor dengan mengedarkan borang soal selidik sebagai instrumen untuk mendapatkan data. Setiap data yang diperoleh telah dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 23.0. Hasil dapatan kajian mendapati tahap kesediaan guru Pendidikan Islam berada di tahap tinggi (min = 3.832, SD 0.292). Hubungan faktor kemahiran VLE Frog dan faktor sokongan pentadbir sekolah dengan kesediaan guru Pendidikan Islam terhadap penggunaan VLE Frog berada di tahap lemah dengan masing-masing memperoleh r = 0.4666, P < .000 dan r = 0.374, P < .000. Manakala hubungan faktor sikap guru berada pada tahap sederhana iaitu 0.526, P < .000. Hasil kajian juga mendapati faktor sikap guru merupakan faktor dominan terhadap kesediaan guru Pendidikan Islam terhadap penggunaan VLE Frog. Sehubungan itu, kajian ini menjadi salah satu indikator dalam melaksanakan transformasi pendidikan terutamanya dalam mata pelajaran Pendidikan Islam.

Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohd Baharan, Mohd Faiz
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Visual education
L Education > LB Theory and practice of education > Systems of individual educators and writers
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Programme: Sarjana
Keywords: VLE Frog
Date: December 2018
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/103117
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 103117.PDF] Text
103117.PDF

Download (1MB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

103117

Indexing

Statistic

Statistic details