Seramik permata: penggunaannya ke atas darjah kebesaran

Johari, Nurul Wahidah (2000) Seramik permata: penggunaannya ke atas darjah kebesaran. Degree thesis, Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Abstract

Tesis ini menceritakan tentang penggunaan seramik permata ke atas darjah kebesaran. Sebenarnya masyarakat pada masa kini sering keliru terhadap perkataan seramik permata dan juga darjah kebesaran. Perkataan seramik permata sebenarnya mempunyai maksud yang tersendiri. Pada kebiasaannya, masyarakat menganggap perkataan seramik hanya digunakan dalam pembuatan barangan tembikar yang diperbuat daripada tanah liat lalu Dibakar supaya menjadi keras. Tembikar tersebut biasanya dijadikan sebagai bekas minuman ataupun barangan hiasan. Manakala, perkataan permata biasanya digunakan hanya untuk batu permata. Tetapi, sebenarnya seramik permata dihasilkan daripada sejenis serbuk kaca yang mengandungi gabungan bahan asas iaitu serbuk kaca jernih (flux) dan logam oksida (metal oxide), la juga dijadikan sebagai hiasan pada sesuatu permukaan logam supaya kelihatan lebih cantik. Selain itu ia juga sebenarnya bersifat transparent dan opaque. Penggunaan seramik permata ini biasanya dijadikan sebagai hiasan pada barang kemas, miniature, perkakas-perkakas dapur dan banyak lagi. Selain itu, biasanya para pembuat barang kemas sering menggunakan seramik permata sebagai pengganti kepada batu-batu permata. Contohnya batu zamrud, nilam, berlian dan 5 sebagainya. Langkah tersebut merupakan salah satu cara untuk menjimatkan kos pembuatan. Seramik permata sebenarnya mempunyai beberapa kategori diantaranya ialah seramik permata jenis lutsinar, berpendar, lutcahaya dan banyak lagi. Walaubagaimanapun, ia mempunyai lima jenis teknik iaitu Cloisonne, Champ/eve, Basse Taille, Plique~a~jour dun Limoges. Selain itu juga, masyarakat kini masih tidak mengetahui bahawa darjah kebesaran dan pingat merupakan dua objek yang berbeza. Ini kerana darjah kebesaran biasanya dipakai oleh golongan atasan iaitu kerabat Sultan ataupun Raja. Manakala, pingat pula dipakai oleh Dato'-Dato' atau Panglima di Raja. Sebenarnya penggunaan seramik permata hanya digunakan pada darjah kebesaran tidak kepada pingat. Selain itu, penghasilan darjah kebesaran dan pingat juga turut berbeza. Oleh yang demikian, berdasarkan kajian yang telah dijalankan dibeberapa buah syarikat. Tesis ini telah berjaya mengupas sedikit sebanyak tentang kekeliruan masyarakat kini terhadap seramik permata dan darjah kebesaran.

Metadata

Item Type: Thesis (Degree)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Johari, Nurul Wahidah
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Yusoff, Alias
UNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NB Sculpture > History. Including collective biography
N Fine Arts > NC Drawing. Design. IIlustration
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Art and Design
Programme: Bachelor of Design (Precious Metals)
Keywords: Seni seramik permata, Cloisonne enameling, Darjah kebesaran
Date: 2000
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/103071
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 103071.pdf] Text
103071.pdf

Download (148kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

103071

Indexing

Statistic

Statistic details