Abstract
Pada 8 Mei 2025, Bahagian Hal Ehwal Islam BHEI, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam telah mengadakan kunjungan hormat ke Pusat Khidmat Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSKCARE), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bertempat di Bilik Kaunseling KSKCARE, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Delegasi UiTM telah diketuai oleh Timbalan Pengarah 1, Ustaz Shahrulnizam Akhsan, yang mewakili Yang Berusaha Pengarah Bahagian Hal Ehwal Islam, dan turut disertai oleh Timbalan Pengarah 2, Ustaz Abdul Mutalib Jamil, selaku Ketua Pusat Pengurusan Imarah dan Masjid, serta pegawai-pegawai dari Unit Ilaj Syar‘ie, Bahagian Hal Ehwal Islam UiTM Shah Alam. Pihak Bahagian Hal Ehwal Islam merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Abd Halim bin Zakaria, Ketua Fasilitator (Mu‘alij) KSKCARE, atas sambutan yang mesra serta perkongsian ilmu yang amat berharga sepanjang sesi.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM, Bahagian Hal Ehwal Islam UNSPECIFIED |
| Subjects: | Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Z Book (General). Writing. Paleography. Book industries and trade. Libraries. Bibliography > Libraries > Collections Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Libraries. Bibliography > The collections. The books |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Bahagian Hal Ehwal Islam |
| Journal or Publication Title: | Buletin Jiwa Muttaqin |
| Keywords: | Buletin, Jiwa Muttaqin, BHEI, KSKCARE |
| Date: | May 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/103017 |
