Alat-alat kebesaran dalam upacara adat istiadat pertabalan Kesultanan Negeri Kedah Darul Aman kajian dari aspek fungsi, makna dan simbol

Abu Hassan, Hasmani (1996) Alat-alat kebesaran dalam upacara adat istiadat pertabalan Kesultanan Negeri Kedah Darul Aman kajian dari aspek fungsi, makna dan simbol. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Pemilihan tajuk yang menyentuh tentang topik adat Istiadat Pertabalan Sultan Kedah iaitu kajian terhadap penggunaan alat-alat kebesaran yang digunakan semasa upacara tersebut. Skop kajian ini dikecilkan dimana tajuk tesis ini diberi pendektan dari aspek fungsi, makna dan simbol perkakas diraja. Pemilihan tajuk yang dikemukan ini adalah timbul dari keinginan saya untuk mengetahui dengan lebih mendalam lagi tentang penggunaaan alat-alat kebesaran Diraja Negeri Kedah. Di dalam istiadat pertabalan yang rnana keistimewaan dan keunggulan yang sedia ada pada alat-alat kebesaran yang diwarisi sejak dari turun-temurun. Di samping memberi pengetahuan umum kepada masyarakat tentang berapa tingginya nilai warisan ini kepada institusi diraja. Objektif utama tesis ini dihasilkan ialah untuk mengkaji mengenai alatalat kebesaran di dalam Istiadat Pertabalan Sultan Kedah yang mana ia dianggap sebagai satu lambang kedaulatan dan kekuasaan sultan, kaedah Secondary sources digunakan didalampenghasilan tesis ini. Kebanyakkan maklumat-maklumat yang diperolehi datangnya daripada temubual-temubual dengan informer yang pakar didalam topik ini. Daripada temubual-temubual inilah memudahkan saya menulis kerana sebelum ini belum ada lagi kajian yang benar-benar mengkaji tentang penggunaan alat-alat kebesaran didalam adat-istiadat pertabalan. Penumpuan pada aspek fungsi, makna dan simbol penggunaan perkakas-perkakas Kerajaan Negeri Kedah itu sendiri. Penghasilan tesis ini adalah kerana para pengarang lebih menumpukan kepada penggunaan alat-alat kebesaran ini tanpa menumpukan kepada makna yang tersirat disebalik penggunaan perkakas kebesaran tersebut selain daripada itu maklumat-maklumat yang diperolehi hanyalah datangnya daripada buku-buku rujukan, majalah-majalah dan rencana-rencana sahaja.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Abu Hassan, Hasmani
92236400
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Saidin, Jeffry Azha
UNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NX Arts in general
N Fine Arts > NX Arts in general > Special subjects, characters, persons, religious arts, etc.
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Art and Design
Programme: Diploma Seni Lukis dan Seni Reka
Keywords: Alat-alat kebesaran, Adat istiadat, Pertabalan kesultanan negeri Kedah
Date: 1996
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/102822
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 102822.pdf] Text
102822.pdf

Download (168kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

102822

Indexing

Statistic

Statistic details