Abstract
Perkembangan teknologi semasa memberi impak yang besar terhadap industri media. Ledakan teknologi yang terus berkembang dari masa ke semasa turut menyumbang kepada kebangkitan mobile journalism (MOJO) atau dikenali sebagai kewartawanan peranti yang mencetuskan revolusi dalam perkembangan medium penyampaian berita dan ia sekaligus memberi peluang kepada pengamal media dan wartawan bagi menggunakan telefon pintar dan peranti lain sebagai alat hebahan bagi menyampaikan berita di media sosial. Bagaimanapun, perkembangan teknologi ini juga turut menimbulkan rangkaian isu etika dalam kewartawanan peranti bagi mengekalkan integriti dalam bidang kerjaya ini. Antara salah satu kebimbangan utama dalam perihal etika adalah bagi memastikan kredibiliti dan ketepatan dalam pelaporan berita yang disampaikan kepada masyarakat. Hal ini sejajar dengan kepantasan kadar berita yang disampaikan di platform mobiledan media sosial menyebabkanpeningkatan risiko menyebarkan berita dan maklumat yang tidak tepat dan sahih.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Hassan @ Asan, Amirah UNSPECIFIED Ab Rashid, Faridah Hanem UNSPECIFIED Amanah, Farah Hazween UNSPECIFIED Khairul Anuar, Nurliyana Kamilah UNSPECIFIED Ramlan, Muhammad Azril Izuan UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Rembau Campus |
Journal or Publication Title: | MC The Newsletter of Masscomm 2024 |
ISSN: | 3009-1497 |
Keywords: | Etika kewartawanan, peranti, teknologi, berita, media sosial, mobile journalism, MOJO |
Date: | 2024 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/102322 |