Peranan media sosial dalam mempromosi pembelajaran sepanjang hayat / Nurul Nisha Mohd Shah and Shahril Anuar Abdul Ghalim

Mohd Shah, Nurul Nisha and Abdul Ghalim, Shahril Anuar (2024) Peranan media sosial dalam mempromosi pembelajaran sepanjang hayat / Nurul Nisha Mohd Shah and Shahril Anuar Abdul Ghalim. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan.

Abstract

Pendidikan tidak lagi terbatas pada fasa tertentu dalam kehidupan seseorang individu. Pada zaman digital saat ini, konsep pembelajaran sepanjang hayat semakin mendapat sorotan. Bagi individu yang ingin kekal relevan dan kompetitif dalam pasaran kerja yang dinamik, pastinya mereka harus sentiasa bersedia untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam pelbagai bidang. Keadaan ini pastinya dapat menaik taraf keterampilan dan pesona diri sebagai individu yang berkarisma dan mampu bersaing pada peringkat yang lebih tinggi. Namun, bagaimana caranya agar pembelajaran sepanjang hayat dapat didorong dan dipromosi secara efektif? Kemunculan media sosial telah membuka pelbagai peluang baru untuk mereka yang sentiasa dahagakan pengetahuan dan maklumat dalam pelbagai perkara. Berbekalkan kemampuannya untuk menghubungkan individu daripada berbagai-bagai latar belakang dan memberikan akses yang tidak terbatas terhadap maklumat dan pengetahuan umum dan khusus, media sosial berpotensi menjadi platform bagi pembelajaran sepanjang hayat. Platform-platform seperti Facebook, Twitter, LinkedIn, dan YouTube telah menjadi saluran bagi individu untuk berkongsi maklumat dan pengetahuan, berkolaborasi, serta terlibat dalam perbincangan yang dapat mendorong kepada perkembangan potensi diri.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohd Shah, Nurul Nisha
UNSPECIFIED
Abdul Ghalim, Shahril Anuar
UNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Rembau Campus
Journal or Publication Title: MC The Newsletter of Masscomm 2024
ISSN: 3009-1497
Keywords: Pendidikan, media sosial, pembelajaran, Facebook, Twitter, LinkedIn, YouTube
Date: 2024
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/102319
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 102319.pdf] Text
102319.pdf

Download (369kB)

ID Number

102319

Indexing

Statistic

Statistic details