Pengaruh media sosial terhadap tingkah laku boikot / Nur Alyani Mohd Shukri, Siti Nasarah Ismail and Noryusnita Ramli

Mohd Shukri, Nur Alyani and Ismail, Siti Nasarah and Ramli, Noryusnita (2024) Pengaruh media sosial terhadap tingkah laku boikot / Nur Alyani Mohd Shukri, Siti Nasarah Ismail and Noryusnita Ramli. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan.
Abstract

Media sosial telah menjadi sebuah platform yang sangat berpengaruh dalam penyebaran informasi, pandangan, dan gerakan sosial, termasuk tingkah laku boikot. Pengaruh media sosial terhadap tingkah laku ini dapat dilihat dari beberapa aspek, antaranya penyebaran informasi secara pantas dan luas. Media sosial membenarkan penyebaran informasi tentang isu dan tujuan boikot. Pengguna dapat akses yang mudah terhadap berita, artikel, video, dan infografik yang menyokong atau menentang boikot. Hal ini dapat meningkatkan kesedaran orang awam dalam tempoh yang singkat terhadap isu boikot yang belarutan sehingga kini. Mobilisasi massa yang bermaksud sebagai proses yang mendorong orang ramai dalam pelbagai peringkat (nasional mahupun tempatan) dapat meningkatkan kesedaran secara bersemuka. Media sosial membolehkan masyarakat dan syarikat merancang dan menyelaraskan usaha boikot dengan lebih cekap. Masyarakat boleh berkumpul secara dalam talian dengan tujuan yang sama untuk berkongsi kesedaran seperti menganjurkan acara di Facebook, penggunaan ‘hashtag’ di aplikasi X dan menjalankan kempen di Instagram bagi membantu menyatukan orangramai dengan tujuan yang sama.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 102301.pdf]
Text
102301.pdf
Download (369kB)
Indexing & Metrics