Abstract
Media sosial telah menjadi sebuah platform yang sangat berpengaruh dalam penyebaran informasi, pandangan, dan gerakan sosial, termasuk tingkah laku boikot. Pengaruh media sosial terhadap tingkah laku ini dapat dilihat dari beberapa aspek, antaranya penyebaran informasi secara pantas dan luas. Media sosial membenarkan penyebaran informasi tentang isu dan tujuan boikot. Pengguna dapat akses yang mudah terhadap berita, artikel, video, dan infografik yang menyokong atau menentang boikot. Hal ini dapat meningkatkan kesedaran orang awam dalam tempoh yang singkat terhadap isu boikot yang belarutan sehingga kini. Mobilisasi massa yang bermaksud sebagai proses yang mendorong orang ramai dalam pelbagai peringkat (nasional mahupun tempatan) dapat meningkatkan kesedaran secara bersemuka. Media sosial membolehkan masyarakat dan syarikat merancang dan menyelaraskan usaha boikot dengan lebih cekap. Masyarakat boleh berkumpul secara dalam talian dengan tujuan yang sama untuk berkongsi kesedaran seperti menganjurkan acara di Facebook, penggunaan ‘hashtag’ di aplikasi X dan menjalankan kempen di Instagram bagi membantu menyatukan orangramai dengan tujuan yang sama.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Shukri, Nur Alyani UNSPECIFIED Ismail, Siti Nasarah UNSPECIFIED Ramli, Noryusnita UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Rembau Campus |
Journal or Publication Title: | MC The Newsletter of Masscomm 2024 |
ISSN: | 3009-1497 |
Keywords: | Media sosial, boikot, berita, artikel, video, infografik, Facebook |
Date: | 2024 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/102301 |