Penguasaan seni komunikasi sarkasme melalui jenaka dan kiasan / Fakrulnizam Jafri

Jafri, Fakrulnizam (2024) Penguasaan seni komunikasi sarkasme melalui jenaka dan kiasan / Fakrulnizam Jafri. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan.

Abstract

Kamus Dewan Edisi Keempat telah mendefinisikan sarkasme sebagai kiasan atau ironi yang mengandungi unsur-unsur kata pedas yang bertujuan untuk menyakitkan hati seseorang atau sindiran. Sarkasme adalah strategi bahasa yang berkuasa yang digunakan dalam interaksi manusia dalam menyampaikan pelbagai lapisan makna dan merangsang pemikiran. Penggunaan sindiran apabila mengulas pandangan orang lain dapat menggalakkan aktiviti perbincangan yang mendalam dan terperinci berkenaan sesuatu isu di samping menggabungkannya dengan penyampaian secara bersahaja melalui jenaka dan kiasan. Sarkasme, yang merujuk kepada penggunaan sindiran halus yang bertujuan untuk mengejek atau menyatakan sesuatu pendapat secara jenaka, boleh memberi kesan positif dan negatif dalam komunikasi tingkah laku. Penutur atau penulis perlu mahir dalam melaksanakan komunikasi tersebut yang berfungsi sebagai medium kritikan sosial dan kecerdasan, sentuhan ringan ke atas subjek yang berat. Namun, kejayaannya adalah bergantung kepada keadaan tertentu, cara penyampaian, dan tahappemahaman dan pengetahuan yang dimiliki oleh penerima sasaran. Komunikasi berasaskan teks harus dilakukandengan penuh hemah dan bertanggungjawab dengan menggunakan sindiran dalam komen bertulis yang tidak mempunyai petunjuk oleh nada dan ekspresi muka yang mungkin mengakibatkan salah tanggapan yang biasanya tidak ditemui dalam perbincangan bersemuka. Oleh itu, mencapai keseimbangan harmoni antara kejelasan dan sindiran menjadi penekanan yang amat penting dengan penuh adil dan berhati-hati umpama menarik rambut di dalam tepung, rambut jangan putus dan tepung jangan berserak.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Jafri, Fakrulnizam
UNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Rembau Campus
Journal or Publication Title: MC The Newsletter of Masscomm 2024
ISSN: 3009-1497
Keywords: Seni komunikasi, sarkasme, jenaka, kiasan, kritikan sosial, kecerdasan, sentuhan ringan
Date: 2024
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/102295
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 102295.pdf] Text
102295.pdf

Download (349kB)

ID Number

102295

Indexing

Statistic

Statistic details