Apabila ijazah adalah segala-galanya / Ahmad Fedtri Yahya

Yahya, Ahmad Fedtri (2024) Apabila ijazah adalah segala-galanya / Ahmad Fedtri Yahya. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan.

Abstract

Dunia yang semakin maju memperlihatkan percambahan ilmu yang kian pesat dalam ketamadunan manusia. Keilmuan merupakan satu ‘harta suci’ yang sangat berharga untuk dimiliki oleh setiap orang. Setiap daripada kita akan berusaha sebaik mungkin untuk memperoleh sesebuah ilmu demi memenuhi tuntutan agama yang meletakkan perjuangan menuntut ilmu itu sebagai satu kefardhuan. Daripada Anas bin Malik berkata, telah bersabda Rasulullah SAW: Barangsiapa keluar (pergi) untuk mencari ilmu maka dia berada di jalan Allah sehingga dia kembali. (Hadis Riwayat Tarmidzi) Hadis tersebut menjelaskan betapa suci dan tingginya darjat orang yang menuntut ilmu sehinggakan seseorang itu dikira sebagai sedang berjuangdi jalan Allah. Namun, kesucian perjuangan menuntut ilmu itu telah dicemari dengan sikap manusia yang hanya mementingkan duniawi tanpa mengambil kira aspek dosa dan pahala dalam kehidupan yang sementara ini. Tuntutan pasaran dunia telah meletakkan ijazah sebagai satu identiti kepada keilmuan seseorang menyebabkan munculnya individu- individu yang memperjual belikan nilai keilmuan. Berita yang hangat tersebar tentang beberapa tokoh terkenal yang memiliki ijazah palsu memperlihatkan betapa rakusnya manusiaterhadap sijil dan pengiktirafan manusia.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Yahya, Ahmad Fedtri
UNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Rembau Campus
Journal or Publication Title: MC The Newsletter of Masscomm 2024
ISSN: 3009-1497
Keywords: Ijazah, ilmu, manusia, harta suci
Date: 2024
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/102242
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 102242.pdf] Text
102242.pdf

Download (519kB)

ID Number

102242

Indexing

Statistic

Statistic details