Abstract
Transkrip ini mengandungi temubual bersama Encik Sulaiman bin Ahmad mengena1 pengalaman beliau dalam bidang pembuatan dan pengendalian kereta lembu Transkrip ini mengandungi maklumat mengenai latar belakang beliau dari segi keluarga dan juga penglibatan beliau di dalam bidang ini. Encik Sulaiman juga merupakan salah seorang aktivis kereta lembu yang diiktiraf oleh Kementerian Pelancongan Malaysia agar warisan kereta lembu ini dapat dikekalkan sebagai salah satu aset negara. Encik Sulaiman mula berkecimpung dalam bidang pembuatan dan pengendalian kereta lembu ini sejak dari zaman sekolah lagi. Ini juga kerana bapanya sendiri, Encik Ahmad merupakan salah seorang pembuat kereta lembu yang berpengalaman di Melaka. Jadi dari situ, minat dan kemahiran yang diperoleh sekarang secara tidak langsung merupakan kemahiran yang telah diwarisi dari bapanya. Selain mewarisi kemahiran pembuatan kereta lembu dari bapanya, Encik Sulaiman juga sering mempelajari cara dan teknik mengendalikan kereta lembu daripada abangnya sendiri. Ini adalah kerana abangnya juga merupakan salah seorang pengendali kereta lembu yang berpengalam di Melaka. Pada masa mudanya, Encik Sulaiman sering mengikuti abangnya semasa mengajar lembu untuk dijadikan sebagai lembu yang akan digunakan di kereta lembu. Di dalam transkrip ini juga beliau ada menceritakan tentang proses pembuatan kereta lembu, jenis-jenis bahan yang digunakan, kos pembuatan, cara pemilihan lembu, dan pengalaman beliau selama berkecimpung dalam bidang warisan ini.
Metadata
| Item Type: | Oral History |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Ahmad Jalaludin, Mohd Muhaimin mohdmuh aimin92@gmail.com Mohamad Rujahan, Nur Farah Amalina frivolous_92@yahoo.com |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Interviewee Manan, Sulaiman UNSPECIFIED Advisor Ahmad, Azree azree@uitm.edu.my |
| Subjects: | D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history G Geography. Anthropology. Recreation > GT Manners and customs > Customs relative to transportation and travel |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus > Faculty of Information Management |
| Keywords: | Warisan, Tradisional, Kereta lembu, Melaka |
| Date: | 2015 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/101832 |
