Aplikasi konsep Islam di dalam rekabentuk bangunan Institusi Pendidikan Tinggi Islam di Malaysia / Azlin Ismail Effendi

Ismail Effendi, Azlin (2006) Aplikasi konsep Islam di dalam rekabentuk bangunan Institusi Pendidikan Tinggi Islam di Malaysia / Azlin Ismail Effendi. Masters thesis, Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Abstract

Penerapan konsep Islam di dalam rekabentuk bangunan perlu diberi perhatian agar kehidupan yang dilalui membantu melahirkan suasana yang mendorong ke arah mengingati serta mengabdikan diri kepada Allah S.W.T. Di dalam aspek pendidikan, khususnya pendidikan agama merupakan faktor yang penting di dalam pembentukan nilai kehidupan. Senibina pula boleh berperanan untuk membantu di dalam perlaksanaan mencapai matlamat pendidikan seterusnya kehidupan keseluruhannya. Kajiselidik yang dilakukan ini bertujuan untuk mengenalpasti bagaimana konsep Islam yang merupakan asas di dalam kehidupan seseorang Islam telah diaplikasi ke dalam rekabentuk dan bagaimana ia telah memberi kesan bersesuaian dengan fungsi bangunan sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi Islam. Kaedah kajiselidik adalah dengan mengadakan temuramah, menjalankan pemerhatian dan mengedarkan borang soal selidik di institusi yang dikaji iaitu UIAM, MPI dan KISDAR. Kesimpulan kepada kajian ini menunjukkan rekabentuk bangunan institusi kajian telah menerapkan konsep Islam namun dalam pendekatan yang berbeza. Aplikasi tersebut walaupun tidak pada keseluruhan rekabentuk bangunan secara terperinci ia tetap menunjukkan hasil melalui rekabentuk yang pelbagai tetapi kesatuan dalam maksud yang tersirat. Oleh itu secara langsung menghasilkan rekabentuk yang menggambarkan identiti Islam yang boleh dikenali melalui senibina.

Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ismail Effendi, Azlin
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Abbas, Mohamed Yusoff
UNSPECIFIED
Advisor
Md. Amin, Nakiah
UNSPECIFIED
Advisor
Lebai Itam, Norsham
UNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NA Architecture > Islamic architecture. Moorish architecture > Malaysia
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Programme: Sarjana Sains Alam Bina (Senibina)
Keywords: Konsep Islam, rekabentuk bangunan, Malaysia
Date: 2006
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/101795
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 101795.pdf] Text
101795.pdf

Download (128kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

101795

Indexing

Statistic

Statistic details