Sekalung budi, menyemai bakti / Suhaila Sharil and Dr. Adibah Bahori

Sharil, Suhaila and Bahori, Adibah (2024) Sekalung budi, menyemai bakti / Suhaila Sharil and Dr. Adibah Bahori. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan.

Abstract

Pada 12 Julai 2024 telah diadakan majlis kesyukuran doa selamat bagi 2 orang staff UiTM Rembau iaitu Ustazah Masliyana Ismail dan Dr. Mohd Hidayat Mahadi. Bersempena dengan keberangkatan Ustazah Masliyana Ismail yang menunaikan umrah pada 18 Julai 2024 bersama suaminya maka doa selamat tersebut dibaca dan diketuai oleh Ustaz Hisam Satari Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Islam Kontemporari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Negeri Sembilan Kampus Seremban. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan daripada yang menjalankan tugas iatu Ketua Pusat Pengajian Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) Universiti Teknologi MARA Cawangan Negeri Sembilan Ustaz Nasif Sidquee Bin Pauzi yang memberi amanat kepada Dr. Mohd Hidayat Mahadi yang akan bertukar ke tempat baru sebagai Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Islam Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Ustaz Nasif Sidquee juga mendoakan kemudahan urusan Ustazah Masliyana Ismail dan suaminya untuk menunaikan umrah. Beliau juga mengucapkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua barisan pensyarah PTFT di UiTM Rembau sambil mendoakan kesihatan Koordinator ACIS UiTM Rembau yang tidak dapat menghadiri majlis kerana Influenza.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Sharil, Suhaila
UNSPECIFIED
Bahori, Adibah
UNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan
Journal or Publication Title: Buletin ACIS
ISSN: 2600-8289
Keywords: Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA, UiTM, Negeri Sembilan, Seremban
Date: August 2024
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/101679
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 101679.pdf] Text
101679.pdf

Download (446kB)

ID Number

101679

Indexing

Statistic

Statistic details