Menelusuri transformasi dasar pendidikan negara dari Barnes ke Revolusi 4.0 / Muhammad Azrae Mokhtar and Nuruul Hidayah Mansor

Mokhtar, Muhammad Azrae and Mansor, Nuruul Hidayah (2024) Menelusuri transformasi dasar pendidikan negara dari Barnes ke Revolusi 4.0 / Muhammad Azrae Mokhtar and Nuruul Hidayah Mansor. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan.

Abstract

Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia! Sistem pendidikan Malaysia telah melalui evolusi yangmenarik sejak zaman pra-kemerdekaan hingga ke era moden ini. Perubahan-perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan negara mencerminkan kemajuan yang pesat dalam aspek sosial, ekonomi dan politik Malaysia. Penelusuran sejarah perkembangan sistem Pendidikan Malaysia ini tidak hanya memaparkan transformasi dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran, tetapi juga menggambarkan usaha negara dalam membentuk identity nasional dan mempersiapkan generasi masa depan untuk menghadapi cabaran global. Makalah ini membawa kita menelusuri evolusi dasar-dasar pendidikan yang telah membentuk landskap pembelajaran di Malaysia dan sangat signifikan dalam membentuk generasi anak Malaysia hari ini. Sorotan sejarah ini bukan sahaja mencerminkan perkembangan system pendidikan, tetapi juga memaparkan aspirasi negara dalam membina masyarakat berilmu, berkemahiran dan berdaya saing sehingga ke peringkat global. Melalui tinjauan ini, kita dapat menghargai usaha gigih para pendidik, pembuat dasar dan seluruh warga Malaysia dalam memartabatkan pendidikan negara.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mokhtar, Muhammad Azrae
UNSPECIFIED
Mansor, Nuruul Hidayah
UNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan
Journal or Publication Title: Buletin ACIS
ISSN: 2600-8289
Keywords: Pendidik, pembuat dasar, warga Malaysia, pendidikan
Date: August 2024
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/101670
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 101670.pdf] Text
101670.pdf

Download (606kB)

ID Number

101670

Indexing

Statistic

Statistic details