Abstract
Setiap orang yang diciptakan oleh Allah mempunyai pelbagai sifat dan kecenderungan yang berbeza-beza. Para nabi dan rasul pastinya orang yang paling sabar. Sabar adalah sifat mulia. Walaupun orang biasa tidak mampu mencapai tahap ketinggian ini, adalah baik untuk berusaha mengikuti langkah mereka. Perasaan marah dan sifat sabar sangat berkait antara satu sama lain. Seseorang memerlukan tahap sabar yang paling tinggi untuk menahan perasaan marah. Kegagalan untuk mengawal kemarahan menunjukkan bahawa sifat sabarnya kurang dan lemah. Begitu juga sebaliknya, keupayaan untuk mengawal kemarahan menunjukkan bahawa seseorang itu mempunyai sifat sabarnya sangat tinggi. Tidak semua marah adalah mazmumah, kerana marah yang mempunyai nilai mahmudah juga adalah suatu yang terpuji seperti kemarahan yang disebabkan oleh perbuatan dosa, keji atau maksiat, tetapi ia perlu dikawal supaya kemarahan itu tidak sampai ke tahap mazmumah dan boleh membinasakan.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mat Salleh, Mohd Kamel UNSPECIFIED Abdul Manaf, Muhammad Firdaus UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan |
Journal or Publication Title: | Buletin ACIS |
ISSN: | 2600-8289 |
Keywords: | Merdeka, sabar, mazmumah, marah |
Date: | August 2024 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/101655 |