Karya kreatif: sumber idea berlandaskan pengalaman dan teknik pengembangan idea / Shahril Anuar Abdul Ghalim

Abdul Ghalim, Shahril Anuar (2024) Karya kreatif: sumber idea berlandaskan pengalaman dan teknik pengembangan idea / Shahril Anuar Abdul Ghalim. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan.

Abstract

Dalam pembikinan sesuatu karya kreatif, idea merupakan asas utama yang perlu dititikberatkan. Dengan kata lain, ia merupakan tapak yang akan berfungsi sebagai penjanaan jalan cerita dan bakal diolah menjadi sesuatu jenis karya kreatif. Dalam fokus penulisan ini, kita akan membincangkan mengenai karya kreatif dalam bentuk atau format audio visual. Perbincangan akan mendasari mengenai sumber idea berdasarkan pengalaman dan teknik bagi tujuan pengembangan idea. Umum mengetahui bahawa karya audio visual adalah suatu hasil seni yang memaparkan jalan cerita lengkap berpandukan idea dari pengarah. Bermula dengan babak permulaan, pertengahan dan pengakhiran. Ini adalah suatu yang harus dipraktikkan dalam persembahan audio visual bagi pemahaman tontonan. Karya kreatif ini akan dihasilkan dengan gabungan penjanaan idea dalam menentukan tema, penghasilan skrip (dialog, monolog dan naratif), watak dan perwatakan, latar masa dan tempat, pergerakan kamera, kesan bunyi dan pencahayaan dan sudut pandangan serta sasaran khalayak. Rangkuman ini perlu diperhalusi bagi menghasilkan kesan yang optimum pada hasil karya dan khalayak penonton. Dalam kupasan kali ini, penulis akan membincangkan secara ringkas berkenaan penggunaan teknik penggunaan dialog dan pergerakan kamera.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Abdul Ghalim, Shahril Anuar
UNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan
Journal or Publication Title: Buletin ACIS
ISSN: 2600-8289
Keywords: Dialog, monolog, naratif, audio visual
Date: July 2024
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/101633
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 101633.pdf] Text
101633.pdf

Download (715kB)

ID Number

101633

Indexing

Statistic

Statistic details