Hikmah Hijrah Rasulullah SAW / Mohammad Faizul Abdan and Hisam Satari

Abdan, Mohammad Faizul and Satari, Hisam (2024) Hikmah Hijrah Rasulullah SAW / Mohammad Faizul Abdan and Hisam Satari. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan.
Abstract

Segala Puji bagi Allah tuhan sekalian ‘alam, selawat dan salam pujian atas nabi Muhammad SAW pembawa panji kebenaran. Allah telah berfirman dalam Surah At-Taubah, Ayat 40: Mafhumnya: “Jika kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Mekah) mengeluarkannya (dari negerinya Mekah) sedang ia salahseorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: "Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah menolong kita". Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya), dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” Ayat di atas menjelaskan bukti berlakunya peristiwa besar dalam sejarah perjuangan dakwah nabi Muhammad SAW iaitu peristiwa agung hijrah dari kota Mekah ke kota Yathrib (sebelum ditukar dengan Madinah). Hijrah ialah perpindahan dari satu tempat ke satu tempat yang lain.Manakala hijrahnya Rasul SAW adalah kerana melaksanakan arahan Allah Taala demi meluaskan dakwah Islam setelah mengalami ujian yang sangat dahsyat dari masyarakat Jahiliah di Kota Mekah.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 101632.pdf]
Text
101632.pdf
Download (709kB)
Indexing & Metrics