Abstract
Segala Puji bagi Allah tuhan sekalian ‘alam, selawat dan salam pujian atas nabi Muhammad SAW pembawa panji kebenaran. Allah telah berfirman dalam Surah At-Taubah, Ayat 40: Mafhumnya: “Jika kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Mekah) mengeluarkannya (dari negerinya Mekah) sedang ia salahseorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: "Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah menolong kita". Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya), dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” Ayat di atas menjelaskan bukti berlakunya peristiwa besar dalam sejarah perjuangan dakwah nabi Muhammad SAW iaitu peristiwa agung hijrah dari kota Mekah ke kota Yathrib (sebelum ditukar dengan Madinah). Hijrah ialah perpindahan dari satu tempat ke satu tempat yang lain.Manakala hijrahnya Rasul SAW adalah kerana melaksanakan arahan Allah Taala demi meluaskan dakwah Islam setelah mengalami ujian yang sangat dahsyat dari masyarakat Jahiliah di Kota Mekah.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abdan, Mohammad Faizul UNSPECIFIED Satari, Hisam UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan |
Journal or Publication Title: | Buletin ACIS |
ISSN: | 2600-8289 |
Keywords: | Yathrib, Nabi Muhammad SAW, Mekah, hijrah |
Date: | July 2024 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/101632 |