Aplikasi kaedah Fekah Al-Umur Bi Maqasidiha dalam konteks hijrah masa kini / Dr. Mohd Kamel Mat Salleh and Dr. Muhammad Firdaus Abdul Manaf

Mat Salleh, Mohd Kamel and Abdul Manaf, Muhammad Firdaus (2024) Aplikasi kaedah Fekah Al-Umur Bi Maqasidiha dalam konteks hijrah masa kini / Dr. Mohd Kamel Mat Salleh and Dr. Muhammad Firdaus Abdul Manaf. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan.

Abstract

Kaedah Fekah atau dalam Bahasa Arab disebut al-Qawaid al-Fiqhiyyah ialah suatu kaedah umum yang bersifat menyeluruh ataupun aghlabi (kebiasaan), yangmana daripadanya kita dapat mengetahui hukum-hakam bagi cabang-cabang yang berkaitan dengannya. Secara mudah ia boleh difahami sebagai kaedah yang boleh digunakan dalam menentukan suatu hukum terutama permasalahan baru atau semasa yang memerlukan kepada penjelasan dari sudut syarak. Maksudnya, apabila berlaku suatu pertikaian hukum, untuk menjelaskan sama ada ia dibolehkan atau dilarang, atau dalam erti kata lain apakah ia wajib, haram atau seumpamanya, perlulah dirujuk kepada kaedah-kaedah fekah ini. Al-umur bi maqasidiha adalah salah satu daripada lima kaedah fekah yang disebut sebagai al-qawaid al-kubra. Ia bermaksud “setiap perkara yang dilakukan bergantung pada tujuannya” (niat orang yang melakukan perbuatan tersebut). Empat kaedah lain ialah “suatu keyakinan tidak boleh dihilangkan dengan syak (sangkaan)” (al-yaqin la yuzalu bi al-syak), “kemudaratan mesti dihapuskan” (al-darar yuzal), “adat dirujuk dalam menentukan hukum” (al-adah muhakkamah) dan “kesusahan mendatangkan kemudahan” (al-dharurat tubih al-mahzurat).

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mat Salleh, Mohd Kamel
UNSPECIFIED
Abdul Manaf, Muhammad Firdaus
UNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan
Journal or Publication Title: Buletin ACIS
ISSN: 2600-8289
Keywords: Fekah, Bahasa Arab, wajib, haram
Date: July 2024
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/101594
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 101594.pdf] Text
101594.pdf

Download (906kB)

ID Number

101594

Indexing

Statistic

Statistic details