Abstract
Definisi Mazhab: Menurut Kamus Besar Arab-Melayu Dewan, perkataan ‘mazhab’ secara etimologinya berasal daripada perkataan Bahasa Arab iaitu zahaba, yazhabu dan zahaban yang bermaksud ‘jalan atau iktikad terhadap sesuatu pegangan’ (2006). Kamus Al-Miftah mendefinisikan mazhab sebagai ‘fahaman, ideologi, doktrin dan ajaran’ (2008). Kamus Lisan al-Arab (2000) pula menjelaskan maksud mazhab sebagai ‘jalan, pegangan dan ajaran’. Menurut Wahbah al-Zuhaili (1989), definisi mazhab secara terminologinya pula difahami sebagai ‘metod yang menyediakan garis panduan dalam memahami sesuatu hukum’. Ibrahim al-Bajuri (1990) pula mendefinisikannya sebagai ‘pendapat imam mujtahid muktabar berkaitan dengan sesuatu hukum’. Ibrahim (1991) menyatakan bahawa mazhab itu ialah ‘panduan dalam memahami hasil ijtihad seseorang mujtahid berkaitan dengan hukum-hakam yang difahami melalui konteks al-Quran dan al-Sunnah’. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2016), mazhab ialah ‘cabang ajaran Islam yang diikuti oleh umat Islam dalam ilmu Fiqah iaitu Mazhab Syaöi, Hanaö, Hanbali dan Maliki’. Definisi Taklid: Merujuk Kamus Besar Arab-Melayu Dewan, perkataan ‘taklid’ secara etimologinya berasal daripada perkataan Bahasa Arab iaitu qallada, yuqallidu, taqlidan yang bermaksud ‘pegangan terhadap pendapat ahli hukum yang muktabar’ (2006). Kamus Al-Miftah mendeönisikan taklid sebagai ‘mengikut dan meniru’ (2008). Kamus Lisan al-Arab (2000) menjelaskan maksud taklid dengan makna ‘memakai rantai leher pada tengkuk’. Daripada sudut terminologinya pula, taklid diertikan sebagai ‘menerima pendapat orang lain, walaupun tanpa dikemukakan dengan sebarang hujah’ (Koto, 2004). Ini berdasarkan pengertiannya menurut majoriti ulama Usul Fiqah iaitu ‘menerima atau mengikuti perkataan orang lain, walaupun tanpa dijelaskan dengan sebarang hujah’ (Ibn Amir, 1316H).
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abdul Manaf, Muhammad Firdaus UNSPECIFIED Mat Salleh, Mohd Kamel UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan |
Journal or Publication Title: | Buletin ACIS |
ISSN: | 2600-8289 |
Keywords: | Bermazhab, Bertaklid, Islam |
Date: | June 2024 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/101572 |