Hikmah dan falsafah serta perbahasan hukum berkenaan ibadah haji / Dr. Mohd Kamel Mat Salleh

Mat Salleh, Mohd Kamel (2024) Hikmah dan falsafah serta perbahasan hukum berkenaan ibadah haji / Dr. Mohd Kamel Mat Salleh. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan.

Abstract

Menurut mazhab Syafie, melaksakanan haji bermaksud mengunjungi Kaabah untuk melakukan ibadat tertentu dengan syarat tertentu. Dalam bulan Zulhijjah menurut kalendar hijri, berlakunya perhimpunan terbesar umat Islam di dunia dan ia hanya berlaku sekali setahun. Dalam konteks sesebuah kariah, Allah SWT mengadakan pertemuan di masjid untuk solat berjemaah dan solat Jumaat secara harian dan mingguan. Walau bagaimanapun, apabila datang kepadaibadah haji, perhimpunan dan pertemuan ini yang berlangsung di bumi Makkah al-Mukarramah dianggap lebih besar kerana ia melibatkan umat Islam dari seluruh dunia, yang tidak berlaku dalam mana-mana ibadah lain selain daripada menjalankan haji yang menjadi kemuncak kesempurnaan rukun Islam. Ibadah haji juga merupakan lambang persaudaraansesama umat Islam yang meluas melangkaui batas bahasa, negara, warna kulit dan lain-lain. Kaum muslimin bersatu dalam kesatuan dan persamaan. Mereka berpakaian serba putih sehingga tidak ada perbezaan antara miskin dan kaya. Sama ada pekerja atau majikan diikat oleh kegembiraan rohani untuk mendampingi Allah dan mencari keredhaanNya. Pemimpin negara sama sahaja kedudukannya dengan rakyat bawahan. Kehalusan jiwa dan nurani yang terpancar daripada nilai persamaan ini mengingatkan kita kepada keadaan apabila kita dilahirkan daripada rahim ibu tanpa sebarang perbezaan atau keistimewaan.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mat Salleh, Mohd Kamel
UNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan
Journal or Publication Title: Buletin ACIS
ISSN: 2600-8289
Keywords: Hikmah, falsafah, ibadah haji, rukun Islam
Date: June 2024
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/101563
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 101563.pdf] Text
101563.pdf

Download (745kB)

ID Number

101563

Indexing

Statistic

Statistic details