Sembilan persepuluh (9/10) rezeki dalam perniagaan? / Dr Ahmad Sabri Osman

Osman, Ahmad Sabri (2024) Sembilan persepuluh (9/10) rezeki dalam perniagaan? / Dr Ahmad Sabri Osman. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan.

Abstract

Perniagaan merupakan suatu istilah yang sentiasa bermain di bibir manusia dan bidang pekerjaan yang sangat popular. Kita biasa mendengar orang menyebutkan kalimat berikut; “jika mahu jadi orang kaya, berniagalah”; “pertanian adalah perniagaan”, “the creation of business begins with crazy ideas” (penciptaan sesuatu perniagaan itu bermula dengan idea yang gila) dan sebagainya. Jika kena caranya, perniagaan mampu menjadikan seseorang itu kaya raya, namun sebaliknya, perniagaan juga mampu menjadikan seseorang itu bangkrap atau muflis. Jika dilihat kepada individu paling kaya di dunia, mereka merupakan peniaga yang sangat berjaya. Menurut majalah perniagaan popular iaitu Forbes 2023, individu paling kaya di dunia ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat gergasi Moet Hennessy Louis Vuitton (LVMH) iaitu Bernard Arnault dari Perancis dengan nilai kekayaan berjumlah RM907 billion, kemudian diikuti oleh CEO Tesla, Elon Musk dari Amerika Syarikat (RM632 billion). Seterusnya diikuti oleh Pengasas Adani Group, Gautam Adani dari India (RM556 billion) yang memiliki 6 syarikat gergasi India di bawah pemilikannya. Menduduki tangga keempat ialah pemilik syarikat e-commerce gergasi Amazon, Jeff Bezos juga dari Amerika Syarikat (RM535 billion).

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Osman, Ahmad Sabri
UNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan
Journal or Publication Title: Buletin ACIS
ISSN: 2600-8289
Keywords: Rezeki, perniagaan, pertanian, kaya
Date: May 2024
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/101492
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 101492.pdf] Text
101492.pdf

Download (711kB)

ID Number

101492

Indexing

Statistic

Statistic details