Abstract
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Seringkali kali manusia mengeluh ataupun menyesal dalam kehidupan. Sama ada di peringkat kecil, persekolahan, dewasa, bekerja, berkahwin, pencen, alam usia emas, dan lain-lain lagi. Itu realiti yang berlaku. Menyesali takdir yang Allah SWT dah tentukan. Hakikatnya apa yang Allah telah tentukan itu semuanya ada hikmahnya lambat atau awal, di dunia atau di Akhirat, semasa hidup ataupun selepas dibangkitkan di padang mahsyar. Itu semua adalah ketentuan daripada Allah SWT. Firman Allah SWT bermaksud “....Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui”. (al-Baqarah, ayat 216) Daripada firman Allah SWT jelas telah menunjukkan bahawa ketentuan itu datang daripada Allah SWT. Sama ada yang baik atau yang buruk. Ini menunjukkan kepentingan kita beriman kepada Allah SWT tanpa sebarang syak dan ragu-ragu. Kemungkinan sesuatu yang berlaku seperti ditimpa penyakit, kekurangan, kemiskinan, kegagalan, kesedihan, ditipu, kematian, dan lain-lain lagi adalah satu ujian. Namun hakikatnya, ianya ada hikmah di sebaliknya.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Aris, Husnul Rita UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan |
Journal or Publication Title: | Buletin ACIS |
ISSN: | 2600-8289 |
Keywords: | Hikmah, ditimpa penyakit, kemiskinan, kegagalan, kesedihan, kematian |
Date: | May 2024 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/101485 |