Peranan kitab syarah terhadap penterjemahan hadis ke dalam Bahasa Melayu / Ahmad Izzuddin Abu Bakar

Abu Bakar, Ahmad Izzuddin (2022) Peranan kitab syarah terhadap penterjemahan hadis ke dalam Bahasa Melayu / Ahmad Izzuddin Abu Bakar. Journal of Contempory Islamic Studies (JCIS), 8 (2): 10. pp. 153-176. ISSN ISSN 2289-9634 e-ISSN 0128-0902

Abstract

Kitab syarah dikenali sebagai karya khusus dalam menghuraikan matan sesuatu hadis. Kegiatan penulisannya mula bersemarak pada kurun keempat hijrah. Berdasarkan kepada amalan para sarjana di dalam kajian dan penyelidikan, petikan dan keterangan kitab-kitab ini telah dijadikan sebagai rujukan utama yang berautoriti untuk menjelaskan maksud sebenar setiap perkara yang disandarkan kepada Nabi SAW. Artikel ini akan melihat peranan dan kedudukan khazanah ilmiah yang sangat berharga ini dalam penghasilan terjemahan hadis kepada bahasa Melayu. Metodologi yang digunakan adalah kaedah kualitatif dengan pendekatan analisis kandungan. Ia mengambil kitab-kitab syarah yang dikategorikan sebagai sumber yang berautoriti. Seterusnya, teks tertentu yang difikirkan relevan akan diambil untuk dianalisis. Dapatan merumuskan kitab syarah berperanan dalam lima (5) aspek yang membantu penterjemahan yang tepat iaitu: 1. Membawa Riwayat Berbeza Bagi Hadis Yang Sama Untuk Menjelaskan Latar Belakang Peristiwa; 2. Menerangkan Tempat Kembali (Marja’) Kata Ganti Nama Ketiga (Ḏamīr al-Ghāib); 3. Menjelaskan Andaian Ayat (Taqdīr al-Jumlah) Yang Mempunyai Elipsis (al- Ḥaḏf); 4. Menjelaskan Maksud Kiasan; 5. Menghuraikan Perkataan Gharib Dari Sudut Bahasa Dan Meletakkannya Di dalam Konteks Ayat.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Abu Bakar, Ahmad Izzuddin
izzuddin@usim.edu.my
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Sacred books > Hadith literature. Traditions. Sunna
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Journal or Publication Title: Journal of Contempory Islamic Studies (JCIS)
UiTM Journal Collections: UiTM Journal > Journal of Contempory Islamic Studies (JCIS)
ISSN: ISSN 2289-9634 e-ISSN 0128-0902
Volume: 8
Number: 2
Page Range: pp. 153-176
Keywords: Hadis, Kitab Syarah, Terjemahan Hadis
Date: November 2022
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/101370
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 101370.pdf] Text
101370.pdf

Download (1MB)

ID Number

101370

Indexing

Statistic

Statistic details