Islam di Kedah: fajar iman Nusantara / Ahmad Yumni Abu Bakar and Prof Dr. Maznah Wan Omar

Abu Bakar, Ahmad Yumni and Wan Omar, Maznah (2018) Islam di Kedah: fajar iman Nusantara / Ahmad Yumni Abu Bakar and Prof Dr. Maznah Wan Omar. In: Merbok & Jerai Sejarah yang Berbisik. Universiti Teknologi MARA, Kedah, Universiti Teknologi MARA, Kedah, pp. 1-8. ISBN 9789670314396
Abstract

Negeri Kedah merupakan negeri di Nusantara yang menerima Islam lebih awal dari negeri Melaka (1414M) ,Terengganu (1303M) dan negeri-negeri yang wujud di Semenanjung Tanah Melayu. Islam telah bertapak di negeri ini sekitar tahun 1136 M bersamaan 531 H. Tokoh yang bertanggungjawab dalam menyebarkan Islam dan mengislamkan Maharaja kedah ialah seorang ulama yang berasal dari negara Yaman manakala teori kedatangan Islam ke Kedah lebih awal dari negeri-negeri di Malaysia dengan berdasarkan kepada catatan ahli sejarah seperti bukti-bukti batu nisan yang telah dijumpai, bukti kewujudan alim ulama, buku-buku, manuskrip lama dan sebagainya. Di sini, akan dibahaskan asal-usul nama Kedah, kerajaan yang memerintah Kedah, lokasinya, Gunung Jerai, tokoh pengasas kerajaan Kedah Tua dan tokoh ulama yang mengislamkan Maharaja Kedah dan rakyatnya serta pemerintahan putera-putera Sultan Muzaffar Shah I dengan lebih mendalam. Perbincangan yang terakhir adalah mengenai kedatangan Islam ke Kedah lebih awal dari Melaka dan negeri-negeri Semenanjung Tanah Melayu.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 101209.pdf]
Text
101209.pdf
Download (4MB)
Indexing & Metrics