Santai-santai petanque / Siti Azlina Rosli

Rosli, Siti Azlina (2024) Santai-santai petanque / Siti Azlina Rosli. Bulletin. Unit Penerbitan Jabatan Sains Gunaan.

Abstract

13 Oktober 2023 (Jumaat) – Pihak Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia telah menjemput beberapa orang staf luar fakulti mereka untuk bersama-sama beriadah dengan bermain petanque. Oleh itu, pihak Jabatan Sains Gunaan telah menghantar empat orang staf di bawah kumpulan “TEAM ROJAK” iaitu cik Siti Azlina Rosli, Ts Dr Haslinda Abdul Hamid, Puan Marina Mokhtar dan Puan Atikah Rohaini. Setibanya di gelanggang petanque, kesemua peserta terlibat telah diberikan taklimat dan penerangan tentang cara asas dan pengiraan mata dalam permainan petanque kerana rata-rata peserta yang terlibat tidak mempunyai pengalaman dalam sukan ini malah ini adalah kali pertama bagi sesetengah peserta terlibat. Keputusan rasmi bagi “Santai-Santai Petanque” telah berpihak kepada team Rojak di mana team ini telah memenangi perlawanan pada kali ini dengan 8 mata berbalas 2. Walaupun semua pemain berada di bawah cahaya matahari selama 30 minit sahaja dan selebihnya di bawah hujan, mereka telah menunjukkan semangat kesukanan dan kerjasama yang tinggi dengan berjaya menamatkan permainan mereka dengan bergaya. Terima kasih atas jemputan dan tunjuk ajar dari pihak Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia. Diharapkan ukhuwah antara Jabatan Sains Gunaan dan pihak Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia akan terus subur dan berterusan.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Rosli, Siti Azlina
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Jumidali, Mohd Muzafa
UNSPECIFIED
Chief Editor
Husin, Nurul Izza
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus
Journal or Publication Title: Buletin Jabatan Sains Gunaan
ISSN: 2289-8964
Keywords: Buletin JSG, Jabatan Sains Gunaan, UiTM Pulau Pinang
Date: June 2024
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/100229
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 100229.pdf] Text
100229.pdf

Download (10MB)

ID Number

100229

Indexing

Statistic

Statistic details