Abstract
18 November 2023, Jawatankuasa Pelaksana (Kurikulum) Program Pra-Diploma Kejuruteraan telah menganjurkan bengkel Penyediaan Kertas Cadangan Kurikulum program baru iaitu Pra-Diploma Kejuruteraan. Bengkel yang diketuai oleh Dr Yusnita Mohd Ali, dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik (PPKE) Kampus Pulau Pinang, diadakan bagi menyiapkan rekabentuk dan pelan pengajian lengkap untuk program baru tersebut. Beberapa orang pensyarah dari JSG turut terlibat iaitu En Sharaf Ahmad, En. Mohd Haris Ridzuan Ooi Abdullah, Puan Marina Mokhtar dan Puan Nurul Izza Husin. Turut serta adalah wakil dari Pengajian Kejuruteraan, Jabatan Sains Komputer dan Matematik serta Akademi Pengajian Bahasa. Antara agenda bengkel ini adalah penyediaan pemetaan kursus serta pemurnian dokumen-dokumen berkaitan kurikulum. Bengkel selama satu hari ini diharap dapat memberi ruang dan peluang perbincangan berkenaan kurikulum kepada para pensyarah yang terlibat.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Husin, Nurul Izza UNSPECIFIED Mokhtar, Marina UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Jumidali, Mohd Muzafa UNSPECIFIED Chief Editor Husin, Nurul Izza UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
Journal or Publication Title: | Buletin Jabatan Sains Gunaan |
ISSN: | 2289-8964 |
Keywords: | Buletin JSG, Jabatan Sains Gunaan, UiTM Pulau Pinang |
Date: | June 2024 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/100144 |