Metafora jenayah seksual dalam akhbar tabloid: analisis teori hibrid / Nur Faizzah Mohd Zalkanil

Mohd Zalkanil, Nur Faizzah (2019) Metafora jenayah seksual dalam akhbar tabloid: analisis teori hibrid / Nur Faizzah Mohd Zalkanil. Masters thesis, Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Abstract

Tujuan utama penghasilan kajian ini adalah untuk mencungkil siratan makna metafora jenayah seksual yang terselindung dalam akhbar tabloid Melayu di Malaysia. Hal ini kerana, metafora dalam media memainkan peranan yang amat penting kerana dapat mempengaruhi kognitif pembaca terhadap isu yang dibincangkan. Secara zahirnya, metafora merupakan perbandingan di antara dua entiti yang berbeza. Perbandingan ini memudahkan pemahaman pembaca terhadap sesuatu isu yang kompleks misalnya jenayah. Namun begitu, jika penggunaan metafora dalam penulisan akhbar tidak tepat, maka kesalahfahaman terhadap isu yang dibincangkan akan berlaku. Disebabkan itu, kajian ini telah memanfaatkan himpunan teks akhbar terbitan The News Straits Times Press (NSTP) dalam pangkalan digital iaitu New Images Bank (NIB). Terdapat enam jenayah seksual yang dikaji dalam kajian ini iaitu jenayah seksual pedofilia, cabul, rogol, pelacuran, sumbang mahram, dan liwat. Sebanyak 269 artikel yang dihimpunkan daripada empat akhbar iaitu Harian Metro, Metro Ahad, Berita Harian, Berita Minggu telah dimanfaatkan sebagai data dalam kajian ini. Seterusnya, kajian ini memanfaatkan teori Hibrid untuk menganalisis kesemua data yang terdapat dalam artikel tersebut. Pengaplikasian teori Hibrid dalam kajian ini merupakan kunci utama dalam menyelami isu jenayah seksual di Malaysia secara spesifik dan sistematik. Manakala, kehadiran pangkalan simpanan data secara digital pula membantu penyelidik dalam mengenal pasti metafora yang digunakan oleh pengarang berita bagi menggambarkan sifat jenayah seksual itu sendiri. Maka itu, penginterpretasian metafora secara tidak langsung membantu penyelidik dalam memberikan gambaran secara menyeluruh mengenai jenayah seksual di Malaysia yang disampaikan secara implisit (metafora) dalam akhbar. Penelitian unsur metafora ini dapat membantu dalam meningkatkan kesedaran dan pemahaman terhadap ancaman jenayah seksual di Malaysia. Oleh itu,kajian ini telah membuktikan bahawa ketepatan penggunaan metafora dalam berita jenayah seksual oleh pengarang akhbar amat penting dalam usaha memberi kefahaman terhadap masyarakat seterusnya membendung jenayah tersebut daripada terus berleluasa.

Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohd Zalkanil, Nur Faizzah
2016944301
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Rashidin, Rozaimah
UNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > Journalism. The periodical press, etc. Press > Crime and the press
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Language Studies
Programme: Master in Applied Language Studies
Keywords: Jenayah seksual, tabloid Melayu, simpanan data
Date: 2019
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/100137
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 100137.pdf] Text
100137.pdf

Download (131kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

100137

Indexing

Statistic

Statistic details