Tinjauan bacaan : penghasilan protease melalui kaedah fermentasi mikrob / Nursyuhadah Othman, Darah Ibrahim and Wan Nordini Hasnor Wan Ismail

Othman, Nursyuhadah and Ibrahim, Darah and Wan Ismail, Wan Nordini Hasnor (2013) Tinjauan bacaan : penghasilan protease melalui kaedah fermentasi mikrob / Nursyuhadah Othman, Darah Ibrahim and Wan Nordini Hasnor Wan Ismail. Esteem Academic Journal, 9 (2). pp. 76-86. ISSN 1675-7939

Full text not available from this repository.

Abstract

Enzim adalah suatu protein globul yang dihasilkan oleh sel-sel hidup yang seterusnya akan digunakan untuk memangkinkan tindak balas biokimia yang spesifik. Ciri enzim adalah bersifat spesifik dalam setiap tindak balas yang dimangkinkannya, bertindak pada kadar penukaran yang tinggi dan mempamerkan tindak balasnya pada keadaan fisiologi yang tertentu. Enzim protease merupakan enzim yang memangkinkan penguraian ikatan polipeptida di dalam molekul protein kompleks. Enzim protease, (EC 3.4.21-24), terdapat di dalam mikroorganisma, tumbuhan dan haiwan. Walau bagaimanapun, mikroorganisma adalah sumber yang lebih digemari kerana pertumbuhannya yang cepat, tidak menggunakan ruang yang luas untuk proses pengkulturan dan mudah dimanipulasi secara genetik untuk menghasilkan enzim-enzim baru yang boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. Kaedah pemfermentasian mikroorganisma bagi menghasilkan protease lebih digemari kerana ia dapat mengurangkan kos apabila substrat yang digunakan terdiri daripada sisa pertanian atau sisa domestik. Enzim protease mempunyai pelbagai kegunaan dalam pelbagai industri bagi memudahkan kehidupan kita seharian. Selain itu, kesedaran masyarakat tentang betapa pentingnya menggunakan produkproduk bioteknologi dalam urusan harian berbanding penggunaan bahan sintetik yang boleh mencemarkan alam sekitar dan memerlukan tenaga buruh yang ramai, misalnya dalam pengurusan dan pemprosesan sisa, telah meningkatkan lagi permintaan terhadap penghasilan enzim protease

Item Type: Article
Creators:
CreatorsEmail
Othman, NursyuhadahUNSPECIFIED
Ibrahim, DarahUNSPECIFIED
Wan Ismail, Wan Nordini HasnorUNSPECIFIED
Subjects: Q Science > QP Physiology > Animal biochemistry
R Medicine > RS Pharmacy and materia medica
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang
Journal or Publication Title: Esteem Academic Journal
ISSN: 1675-7939
Volume: 9
Number: 2
Page Range: pp. 76-86
Item ID: 8911
Uncontrolled Keywords: Enzyme; protease; catalyst; microbes; fermentation
Last Modified: 19 Oct 2017 03:28
Depositing User: Staf Pendigitalan 1
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/8911

Actions (login required)

View Item View Item