Abstract
Disebabkan oleh peredaran zaman, penempatan awal orang-orang Minangkabau telah banyak berubah dari segi pembangunan dan perancanganya. Tetapi penempatan mengikut suku masih lagi kedapatan tetapi tidaklah sebegitu ketara seperti dahulu, Pengamalan adat pepatih juga tidak lagi begitu kuat diamalkan oleh beberapa pihak. Ini adalah disebabkan oleh beberapa anggapan yang mengatakan bahawa ia adalah bercanggah dengan agama Islam dan tidak bersesuaian dengan cara hidup masa kini. Terdapat golongan masyarakat yang memandang rendah terhadap adat yang dibawa oleh orang-orang Minangkabau. Senibina yang dibawa oleh orang-orang minangkabau telah berkercbang dengan meluas di Negeri Sembilan dan ia juga telah mempengaruhi senibina tempatan sehingga kini. Pengaruhnya terhadap senibina tempatan adalah meluas dan ini adalah berlaku disebabkan oleh beberapa aspek. Antaranya ialah penghijrahan keturunan orang-orang Minang yang terkemudian dari Negeri Sembilan ke daerah-daerah luar.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Yusoff, Shamsul Bahari UNSPECIFIED |
Subjects: | N Fine Arts > NA Architecture |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Date: | 1986 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/626 |
Download
PPd_SHAMSUL BAHARI MOHD YUSOFF AP 86_5 P01.pdf
Download (131kB) | Preview