Kesahan dan kebolehpercayaan alat ukur metakognitif bagi pelajar di peringkat pengajian tinggi : kajian kes UiTM dan INTI / Ch’ng Pei Eng, Ch’ng Pei Cheng and Suzana Ab. Rahim

Ch’ng, Pei Eng and Ch’ng, Pei Cheng and Ab. Rahim, Suzana (2007) Kesahan dan kebolehpercayaan alat ukur metakognitif bagi pelajar di peringkat pengajian tinggi : kajian kes UiTM dan INTI / Ch’ng Pei Eng, Ch’ng Pei Cheng and Suzana Ab. Rahim. [Research Reports] (Unpublished)

Abstract

Metakognitif merupakan keupayaan untuk memantau, membuat aturan dan kawalan kognitif pengetahuan seseorang. Dalam psikologi pembelajaran kognitif, konstruk metakognitif menjadi kunci untuk memahami perbezaan pembelajaran dan pengalaman pembelajaran yang bermasalah bagi kebanyakan individu. Oleh itu, alat ukur metakognitif yang direkabentuk perlu dinilai secara objektif dari segi konstruknya sebelum ia digunakan. Kajian ini akan menguji kesahan dan kebolehpercayaan alat ukur Metacognitive Awareness Inventory (MAI) dengan Model Rasch dalam Teori Respons Item. 300 pelajar daripada dua buah institusi pengajian tinggi di Pulau Pinang telah dipilih untuk memberi respons kepada item- item yang asal dalam MAI dan kesahan MAI dari segi kesahan konstruk, kesahan kandungan dan kebolehpercayaan dinilai. Secara keseluruhannya kajian ini dapat mengesahkan bahawa alat ukur MAI adalah sah dan konsisten dari segi konstruk dan kandungannya. Item-itemnya menepati (fit) model dan kajian ini turut membentuk satu skala baru iaitu Inventori Metakognitif Malaysia ataupun Malaysian Metacognitive Inventory (MMI) yang lebih sesuai untuk mengukur tahap metakognitif pelajar. Hasil kajian mencatatkan indeks kebolehpercayaan item dan indeks kebolehpercayaan individu MMI masing-nmasing melebihi 0.96 dan 0.93. Alat ukur MMI ini telah dikenalpasti ciri unidimensinya dan ia merupakan alat yang sah dan konsisten sesuai untuk mengukur metakognitif bagi pelajar di peringkat pengajian tinggi di Malaysia.

Metadata

Item Type: Research Reports
Creators:
CreatorsEmail / ID. Num
Ch’ng, Pei EngUNSPECIFIED
Ch’ng, Pei ChengUNSPECIFIED
Ab. Rahim, SuzanaUNSPECIFIED
Contributors:
ContributionNameID Num. / Email
Thesis advisorBahari, PeridahUNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > Consciousness. Cognition
B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > Consciousness. Cognition > Creative processes. Imagination. Invention. General works
B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > Consciousness. Cognition > Creative processes. Imagination. Invention. General works > Malaysia
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus
Item ID: 35506
Uncontrolled Keywords: Metakognitif, Metacognitive Awareness Inventory (MAI), Malaysian Metacognitive Inventory (MMI)
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/35506

Download

[img] Text
35506.PDF

Download (103kB)

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year