Abstract
Kertas ini bertujuan untuk meninjau peranan yang dimainkan oleh program-program pemasaran sosial yang dilaksanakan dalam usaha untuk meningkatkan taraf kesihatan rakyat di Malaysia. Bagi tujuan ini kajian ini akan memberikan fokus terhadap satu kempen sosial secara besar-besaran yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Kesihatan Singapura (KKS) dalam usaha untuk mengekang dan menangani wabak influenza H1N1 yang telah melanda dunia baru-baru ini yang meragut banyak nyawa di seluruh dunia, tidak terkecuali di Malaysia dan Singapura. Kerajaan Malaysia serta Singapura menerusi pelbagai agensinya telah melaksanakan program kempen ini apabila pelbagai bahan komunikasi serta program didapati telah dijalankan secara ektensif di seluruh negara. Analisis kualitatif terhadap bahan-bahan kempen ini akan dapat mengenalpasti tema-tema yang digunakan untuk menyampaikan mesej. Analisis ini juga mendedahkan beberapa perbezaan yang diambil oleh kedua-dua buah Kerajaan terutama dalam menangani wabak H1N1. Jelas sekali saiz, jumlah penduduk, pintu masuk dan sebagainya telah menjadi faktor yang menyumbang kepada perbezaan ini. Penggunaan pemasaran sosial dalam menangani isu dan masalah berkaitan sosial dilihat antara pendekatan penting yang semakin mendapat tempat di Negara ini khususnya.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Che Soh, Mazlan mazlan3161@salam.uitm.edu.my |
Subjects: | H Social Sciences > HF Commerce > Marketing H Social Sciences > HF Commerce > Advertising > Advertising campaigns |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus |
Event Title: | ICOPS 2010 : International Conference on Public Polices & Social Sciences : E-Proceedings |
Event Dates: | 26 to 27 May 2010 |
Page Range: | pp. 1-18 |
Keywords: | WHO; ILI; Swine Flu |
Date: | 2010 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/33922 |