Mustaffa, Che Su and Omar, Nuredayu and Che Soh, Che Hasniza (2019) Pembentukkan pengukuran penggunaan Whatsapp dalam kalangan kakitangan organisasi / Che Su Mustaffa...[et al.]. Voice of Academia (VOA), 15 (3). pp. 11-31. ISSN 2682-7840
Abstract
Penggunaan media sosial dan aplikasi mesej segera seperti WhatsApp telah menjadi medium utama untuk berkomunikasi di dalam organisasi. Situasi ini berlaku disebabkan kakitangan merasakan bahawa mereka dapat berinteraksi dengan cepat di samping mendapat maklum balas dengan segera melalui medium berkenaan. Penggunaan aplikasi WhatsApp dilihat mampu untuk menjadi alternatif kepada medium komunikasi formal di dalam organisasi. Memandangkan terhadnya instrumen yang dibentuk untuk mengukur penggunaan media berkenaan maka dirasakan adalah wajar instrumen pengukuran WhatsApp dalam konteks organisasi turut dibentuk. Lantaran itu, kertas kerja ini dikemukakan bertujuan untuk membincangkan tentang pembentukkan instrumen penggunaan WhatsApp dalam kalangan kakitangan organisasi. Kaedah yang digunakan bagi membentuk instrumen berkenaan iaitu gabungan kaedah kualitatif dan kaedah kuantitatif. Data dianalisis dengan menggunakan analisis faktor. Kajian ini telah menghasilkan 90 item untuk mengukur penggunaan WhatsApp dalam kalangan kakitangan organisasi yang terdiri dari lima pemboleh ubah iaitu Penggunaan WhatsApp, Kepercayaan Terhadap Maklumat, Kesan Jalinan Hubungan di WhatsApp, Etika Penggunaan WhatsApp dan Kompetensi Penggunaan WhatsApp. Hasil kajian ini menyumbang kepada pengeta¬huan berkaitan dengan komunikasi organisasi, pembentukkan instrumen dan media sosial.
Metadata
Item Type: | Article | ||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Creators: |
|
||||||||
Subjects: | H Social Sciences > HF Commerce > Personnel management. Employment management H Social Sciences > HF Commerce > Personnel management. Employment management > Communication |
||||||||
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus | ||||||||
Journal or Publication Title: | Voice of Academia (VOA) | ||||||||
Journal: | UiTM Journal > Voice of Academia (VOA) | ||||||||
ISSN: | 2682-7840 | ||||||||
Volume: | 15 | ||||||||
Number: | 3 | ||||||||
Page Range: | pp. 11-31 | ||||||||
Official URL: | https://voa.uitm.edu.my/ | ||||||||
Item ID: | 33181 | ||||||||
Uncontrolled Keywords: | WhatsApp; media sosial; komunikasi organisasi | ||||||||
URI: | http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/33181 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |