Risiko teater muzikal islamik di Malaysia : Teater Muzikal Islamik Imam Shafie (2014) / Muhammad Haffez Mohd Amin.

Mohd Amin, Muhammad Haffez (2017) Risiko teater muzikal islamik di Malaysia : Teater Muzikal Islamik Imam Shafie (2014) / Muhammad Haffez Mohd Amin. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Sesuatu yang melalaikan itu tidak dibenarkan dalam Islam dan seni sering kali mengasyikkan sehingga menyebabkan kelalaian. Seni adalah satu keindahan kerana seni selalu dikaitkan dengan kecantikan dan Islam pula menyukai kecantikan. Ini membuat penyelidik tertanya sama ada agama yang sudah sedia sempurna memerlukan seni dalam penyebarannya. Antara isu dalam tesis ini ialah pandangan masyarakat Islam di Malaysia yang bermazhab Shafie terhadap pandangan Imam Shafie itu sendiri. Kajian terhadap pementasan teater muzikal Islamik Imam Shafie ini dilakukan kerana ironinya teater itu di mana tokoh Islam yang berpegang dengan keharaman muzik telah disenikan kepada sebuah teater muzikal. Hal ini membawa kepada penelitian terhadap risiko pementasan teater di Malaysia sebagai tujuan utama dengan hujahan terdapat keburukan terhadapnya seperti pementasan teater muzikal Islamik Imam Shafie seperti yang dinyatakan di atas. Antara objektif kajian ini adalah mengenal pasti kesan pementasan teater muzikal Islamik Imam Shafie di Malaysia, menganalisa penerimaan masyarakat Islam Malaysia tentang kewujudan teater muzikal Islamik Imam Shafie dan juga mengkritik pemilihan teater Imam Shafie dipentaskan dalam genre teater muzikal. Bagi mendapatkan maklumat kajian, penyelidik telah menggunakan kaedah kuantitatif agar maklumat yang didapati tidak menyokong mana-mana pihak. Selain itu, penyelidik akan menggunakan teori kebergantungan media, teori medium, dan teori kesan pemerhati yang lebih fokus kepada penonton teater itu sendiri. Harapan penyelidik adalah menekankan bahawa persembahan teater juga perlu dipantau dan ditapis dengan lebih teliti seperti sebuah filem sebelum dipersembahkan kepada penonton. Kesimpulannya, semua mesej yang disajikan kepada masyarakat perlu diteliti tanpa mengira jenis media yang digunakan.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohd Amin, Muhammad Haffez
2014506123
Subjects: M Music and Books on Music > ML Literature of music > Musical theater
M Music and Books on Music > ML Literature of music > Musical theater > Malaysia
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Selangor > Puncak Perdana Campus > Faculty of Film, Theatre and Animation
Programme: Pengurusan Industri Kreatif (FF226)
Keywords: Islamik dalam Seni Persembahan, Imam Shafie tentang Muzik , Risiko seni
Date: March 2017
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/31213
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of PPb_MUHAMMAD HAFFEZ MOHD AMIN FF B 17_5.pdf] Text
PPb_MUHAMMAD HAFFEZ MOHD AMIN FF B 17_5.pdf

Download (249kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

31213

Indexing

Statistic

Statistic details