Pengurusan keselamatan dalam produksi teater Live Spectacle (NARUTO) dan dia Semanis Honey Muzikal dari perspektif teori domino / Mohamad Atiq Abdul Rahman

Abdul Rahman, Mohamad Atiq (2017) Pengurusan keselamatan dalam produksi teater Live Spectacle (NARUTO) dan dia Semanis Honey Muzikal dari perspektif teori domino / Mohamad Atiq Abdul Rahman. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Kajian ilmiah ini mengkaji tentang Pengurusan Keselamatan dalam Produksi Teater Live Spectacle Naruto (2016) dan Dia Semanis Honey Muzikal (2017). Penulis menggunakan Teori Domino iaitu teori penyebab kemalangan dan penulis akan membuat hubung kait di dalam Pengurusan Keselamatan dalam Produksi Teater. Teori Domino menyatakan bahawa kemalangan adalah rentetan peristiwa dan berpunca daripada kecuaian individu. Percanggahan pendapat berkenaan teori wujud apabila pengkaji professional menyatakan Teori Domino dikaitkan dengan kemalangan yang berlaku disebabkan oleh kelemahan pengurusan. Penulis ingin mengenal pasti adakah teori ini tepat dan boleh dikaitkan di dalam produksi teater. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dimana penulis akan membuat pemerhatian terhadap dua produksi teater iaitu Teater Live Spectacle Naruto (2016) dan Dia Semanis Honey Muzikal (2017). Pemerhatian dilakukan mengikut setiap proses kerja yang dilakukan sepanjang produksi teater berlangsung dan penulis akan menfokuskan kepada Pengurusan Keselamatan dalam Produksi Teater. Kajian ini juga menggunakan kaedah temu bual untuk menambahkan lagi maklumat kajian sekaligus dapat membantu penulis mendapatkan hasil kajian. Penulis akan membuat kesimpulan dan rumusan berdasarkan segala hasil kajian yang diperoleh. Setiap pandangan dan pendapat yang diperoleh daripada hasil kajian akan menjawab segala persoalan kajian lantas dapat mencapai objektif kajian yang dikehendaki.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
CreatorsID Num. / Email
Abdul Rahman, Mohamad AtiqUNSPECIFIED
Subjects: M Music and Books on Music > ML Literature of music > Musical theater
M Music and Books on Music > ML Literature of music > Musical theater > Malaysia
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Selangor > Puncak Perdana Campus > Faculty of Film, Theatre and Animation
Programme: Pengurusan Industri Kreatif (FF226)
Item ID: 31208
Uncontrolled Keywords: Teori Domino, Muzikal, Kesihatan dan keselamatan
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/31208

Download

[img] Text
PPb_MOHAMAD ATIQ ABDUL RAHMAN FF B 17_5.pdf

Download (387kB)

Fulltext

Fulltext is available at:
Bilik Koleksi Akses Terhad, PTAR Puncak Perdana

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year