Kepercayaan pelajar terhadap konsep ubudiyyah dalam pengurusan halal / Mahfuzah Mohammed Zabidi … [et al.]

Mohammed Zabidi, Mahfuzah and Sy. Abdullah, Sh. Fadylawaty and Ruzulan, Zulaipa and Mohd Burhan, Nurhapizah and Sairi, Faridah and Ab Hamid, Norakmal and Ab Wahab, Mohd. Hafiz and Zainal, Nur Hidayah (2017) Kepercayaan pelajar terhadap konsep ubudiyyah dalam pengurusan halal / Mahfuzah Mohammed Zabidi … [et al.]. Journal of Contempory Islamic Studies, 3 (2). pp. 37-55. ISSN 0128-0902

Official URL: https://jcis.uitm.edu.my

Abstract

Pengurusan halal adalah satu bidang kritikal yang perlu diberikan perhatian serius demi merealisasikan Malaysia sebagai salah sebuah hab halal dunia. Bidang ini bertujuan memastikan kesucian dan sifat “patuh syariah” bagi sesuatu produk atau perkhidmatan terus terpelihara. Graduan bidang pengurusan halal diharapkan berperanan secara langsung dalam memenuhi keperluan badan pensijilan halal. Pelajar bidang ini perlu dipersiapkan dengan kefahaman mengenai konsep halal secara bersepadu dengan nilai ubudiyyah yang mendasari akidah, syariah dan tasawuf dalam Islam. Hal ini bagi memastikan mereka dapat memberi kefahaman yang jelas kepada masyarakat, khususnya kepada penggiat industri bahawa halal bukan sekadar pada label atau logo semata-mata. Kajian ini bertujuan meneroka kepercayaan pelajar Diploma Pengurusan Halal, Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) Universiti Teknologi MARA mengenai konsep ubudiyyah dan kesepaduannya dalam pengurusan halal. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif menerusi temubual kumpulan fokus berpandukan protokol separa berstruktur. Data temubual dianalisis secara separa transkrip. Temubual mendapati bahawa pelajar lebih banyak menghubungkan konsep ubudiyyah dalam pengurusan halal dengan aspek syariat berbanding aspek akidah dan tasawuf. Oleh itu, kesepaduan ilmu antara kursus-kursus akademik yang ditawarkan oleh fakulti, sama ada dalam pengajian ilmu Islam mahupun pengajian ilmu moden yang berteraskan nilai ubudiyyah dalam bidang pengurusan halal dilihat perlu diperkemaskan bagi mendepani isu halal secara lebih holistik. Natijahnya, kesepaduan ilmu ini akhirnya berupaya menzahirkan Islam sebagai agama rahmat untuk sekalian alam.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
CreatorsID Num. / Email
Mohammed Zabidi, Mahfuzahmahfuzah3051@uitm.uitm.edu.my
Sy. Abdullah, Sh. FadylawatyUNSPECIFIED
Ruzulan, ZulaipaUNSPECIFIED
Mohd Burhan, NurhapizahUNSPECIFIED
Sairi, FaridahUNSPECIFIED
Ab Hamid, NorakmalUNSPECIFIED
Ab Wahab, Mohd. HafizUNSPECIFIED
Zainal, Nur HidayahUNSPECIFIED
Subjects: T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Journal or Publication Title: Journal of Contempory Islamic Studies
Journal: UiTM Journal > Journal of Contempory Islamic Studies
ISSN: 0128-0902
Volume: 3
Number: 2
Page Range: pp. 37-55
Official URL: https://jcis.uitm.edu.my
Item ID: 30341
Uncontrolled Keywords: Pengurusan halal, Pendidikan Islam dan ubudiyyah
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/30341

Download

[img] Text
30341.pdf

Download (429kB)

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year