Peranan elemen seni dalam penterjemahan karya fotografi / Mohammad Firdaus Azmi

Mohammad Firdaus, Azmi (2018) Peranan elemen seni dalam penterjemahan karya fotografi / Mohammad Firdaus Azmi. IDEALOGY, 3 (2). pp. 171-175. ISSN 2550-214X

Abstract

Kehadiran fotografi sekitar 1890-an tatkala Malaya (kini Malaysia) yang masih lagi dibawah pemerintahan British bukanlah satu halangan untuk bidang fotografi untuk berkembang hingga ke hari ini. Fotografi ialah satu medium yang boleh digunakan untuk menghasilkan karya kreatif yang mempunyai unsur seninya yang tersendiri (Sabki Md. Noh, M. Shariful Hafizal, 2017). Pneghasilan karya dihasilkan mengikut tatacara teknikal yang memerlukan eksperimentasi berulang kali untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Menekankan unsur atau elemen garisan (line) dalam penghasilan karya adalah tidak lain dan tidak bukan untuk menunjukkan kaitan unsur elemen seni dalam fotograf, tetapi juga memberi fokus dalam penggunaan elemen corak (pattern). Dalam bentuk hubungan sosial, artis cuba menyampaikan bahawa ketika melakukan pengambaran, visual perlu sentiasa diambil dengan berhati-hati agar setiap elemen seni yang di adun dalam penghasilan karya tidak ditenggelami mahupun lari dari konsep asal. Bagi artis, visual ini adalah satu bual bicara tentang apa yang dilakukan serta apa yang boleh sampaikan, selain bertujuan menyedarkan audiens mengenai proses kreatif artis ketika berkarya, yang menggambarkan maksud yang dipanggil kerja artis yang biasanya menerangkan bahasa sastera dalam bentuk visual. Dengan peranan fotografi yang juga memberi kesedaran betapa pentingnya memahami adaptasi elemen seni berbentuk visual

Metadata

Item Type: Article
Creators:
CreatorsID Num. / Email
Mohammad Firdaus, Azmimfirdz43@gmail.com
Subjects: N Fine Arts > N Visual arts (General) > General works
N Fine Arts > NX Arts in general > Special subjects, characters, persons, religious arts, etc.
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus
Journal or Publication Title: IDEALOGY
Journal: UiTM Journal > Idealogy Journal
ISSN: 2550-214X
Volume: 3
Number: 2
Page Range: pp. 171-175
Official URL: http://idealogyjournal.com/
Item ID: 30282
Uncontrolled Keywords: Fotografi, elemen seni, karya, kesedaran
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/30282

Download

[img] Text
30282.pdf

Download (359kB)

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year