Integrasi Kampus UiTM Perak bersama Tourism Malaysia Perak sebagai komuniti akademik / Mohamad Sohaimi Man

Mohamad Sohaimi, Man (2018) Integrasi Kampus UiTM Perak bersama Tourism Malaysia Perak sebagai komuniti akademik / Mohamad Sohaimi Man. Idealogy, 3 (2). pp. 280-292. ISSN 2550-214X

Abstract

Pelancongan adalah satu produk yang unik dan merupakan satu campuran unsur ketara dan tidak ketara dan merupakan inspirasi dalam aktiviti kehidupan harian. Ia diiktiraf sebagai pemangkin dan penjanaan ekonomi sesebuah tempat, negeri dan negara melalui kepelbagaian tarikan seperti kesan peninggalan sejarah, keindahan alam ciptaan Allah SWT sehinggalah kepada kebudayaan dan perilaku masyarakat setempat. Ini merupakan satu aset ‘sedia ada’ sebagai produk berkomersial di dalam industri penggalakan pelancongan negara. Susulan dari itu, tarikan pelancong untuk datang ke negara kita boleh diolah dan diinovasikan melalui integrasi tiga komponen iaitu universiti, agensi pelancongan dan komuniti setempat. Integrasi tersebut boleh mewujudkan kerjasama ke arah menengahkan unsur-unsur sejarah tempatan dari pelbagai aspek seperti seni tampak, budaya dan corak persekitaran. Universiti menjadi peranan utama untuk direalisasikan sebagai destinasi pertama pelancong sebelum menuju ke mana-mana destinasi lain. Secara rasionalnya, UiTM Cawangan Perak boleh berperanan sebagai sebuah pusat transit akademik pelancongan bercorak informasi akademik berkomersial melalui kerjasama dengan agensi pelancongan dan komuniti setempat. Ini merupakan satu inovasi akademik yang boleh dilaksanakan melalui mekanisma universiti iaitu membawa universiti kepada masyarakat dan bukan masyarakat kepada universiti. Ini merupakan nilai tambah dalam memantapkan penyampaian maklumat yang dikongsikan bersama untuk dimanfaatkan untuk kepentingan umum, seiring dengan objektif universiti untuk meningkatkan hubungan dan kerjasama dengan organisasi luar dalam kegiatan jaringan industri dalam membantu negara Malaysia melalui industri penggalakkan pelancongan. Usaha ini akan berjaya bila adanya penglibatan menyeluruh warga universiti ( UiTM Perak ) beserta agensi pelancongan, komuniti tempatan, kerajaan negeri dan agensi-agensi kerajaan atau swasta yang sedia memberi komitmen dan kerjasama yang terbaik.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
CreatorsID Num. / Email
Mohamad Sohaimi, Mansohaimi810@perak.uitm.edu.my
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General) > Travel. Voyages and travels (General) > Travel and state. Tourism
G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General) > Travel. Voyages and travels (General) > Travel and state. Tourism > Malaysia
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus
Journal or Publication Title: Idealogy
Journal: UiTM Journal > Idealogy Journal
ISSN: 2550-214X
Volume: 3
Number: 2
Page Range: pp. 280-292
Official URL: http://idealogyjournal.com/
Item ID: 30233
Uncontrolled Keywords: integrasi, universiti, transit pelancong, komuniti
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/30233

Download

[img] Text
30233.pdf

Download (623kB)

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year