Demokrasi pendidikan dalam sistem pengajian di institusi pondok : pelaksanaan dan amalan / Mohd Zahirwan Halim Zainal Abidin ... [et al.]

Mohd Zahirwan Halim, Zainal Abidin and Huzaimah, Ismail and Muhammad Yusri, Yusof @ Salleh and Abd.Munir, Mohd Noh and Ahmad Bakhtiar, Jelani and Mohd Anuar, Ramli (2020) Demokrasi pendidikan dalam sistem pengajian di institusi pondok : pelaksanaan dan amalan / Mohd Zahirwan Halim Zainal Abidin ... [et al.]. Idealogy Journal, 5 (1). pp. 119-130. ISSN 2550-214X

Abstract

Istilah demokrasi amat sinonim dengan keadaan geo-politik dalam aspek pentadbiran atau pemerintahan sesebuah negara. Namun, sekiranya diamati, peristilahan demokrasi bukan hanya berkisar kepada prospek politik semata-mata, malah boleh diperluaskan kepada prospek-prospek lain antaranya prospek pendidikan. Demokrasi dalam pendidikan
terutamanya pendidikan Islam telah menjadi perbincangan para sarjana sejajar dengan matlamat pendidikan Islam yang menumpukan kepada melahirkan umat Islam yang berjaya
dalam kehidupan di dunia dan di akhirat. Dengan kedatangan Islam ke Nusantara, penubuhan institusi-institusi pengajian Islam antaranya institusi pondok memperlihatkan pendemokrasian pendidikan dalam sistem pengajian yang dipraktikkan di institusi tersebut. Justeru, objektif kajian ini ialah untuk menyelusuri kefahaman berkaitan demokrasi pendidikan di samping mengkaji demokrasi pendidikan yang telah dilaksanakan di institusi pengajian pondok khususnya di Malaysia. Bagi mencapai objektif tersebut, kajian ini menggunakan metode kualitatif sepenuhnya berpandukan analisis dokumen, temubual dan pemerhatian dalam mendapatkan data-data yang diperlukan. Dapatan kajian ini menunjukkan sistem pengajian di institusi pondok telah mengaplikasikan demokrasi pendidikan berbentuk sistem pengajian secara percuma dan terbuka, tiada had umur, kepelbagaian jantina dan masa pengajian yang berpanjangan. Rumusnya, demokrasi pendidikan merupakan satu langkah praktikal yang telah dilaksanakan di institusi pengajian pondok. Dasar ini amat bersesuaian dengan matlamat penubuhannya dalam menyebarkan ilmu pengetahuan Islam bercirikan fardhu ain kepada masyarakat Islam seluruhnya tanpa mengira status, darjat, latar belakang atau gender

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohd Zahirwan Halim, Zainal Abidin
mohdz560@uitm.edu.my
Huzaimah, Ismail
UNSPECIFIED
Muhammad Yusri, Yusof @ Salleh
UNSPECIFIED
Abd.Munir, Mohd Noh
UNSPECIFIED
Ahmad Bakhtiar, Jelani
UNSPECIFIED
Mohd Anuar, Ramli
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LC Special aspects of education > Islamic education
L Education > LC Special aspects of education > Madrasahs
L Education > LC Special aspects of education > Islamic education > Malaysia
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus
Journal or Publication Title: Idealogy Journal
UiTM Journal Collections: UiTM Journal > Idealogy Journal (IdJ)
ISSN: 2550-214X
Volume: 5
Number: 1
Page Range: pp. 119-130
Keywords: Demokrasi Pendidikan, Institusi Pengajian Pondok, Pelaksanaan, Amalan
Date: 2020
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/30123
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 30123.pdf] Text
30123.pdf

Download (264kB)

ID Number

30123

Indexing

Statistic

Statistic details