Sistem penilaian pengalihudaraan untuk pembangunan perumahan lestari (Ventilation Flow Evaluation System for Sustainable Housing Development) / Nur Azfahani Ahmad … [et al.]

Ahmad, Nur Azfahani and Ahmad Zawawi, Zuraihana and Jamaludin, Nazhatulzalkis and Ahmad Salleh, Khairulliza (2019) Sistem penilaian pengalihudaraan untuk pembangunan perumahan lestari (Ventilation Flow Evaluation System for Sustainable Housing Development) / Nur Azfahani Ahmad … [et al.]. Jurnal Inovasi Malaysia (JURIM), 2 (2). pp. 55-70. ISSN 2600-7606

Abstract

Laporan Jawatankuasa Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) 1984 telah menyatakan bahawa sehingga 30 peratus bangunan di dunia mungkin menghadapi masalah yang berkaitan dengan Kualiti Udara Dalaman (IAQ). Pengudaraan yang tidak mencukupi akan mengakibatkan udara tidak berkitar dan ini menyebabkan udara terperangkap di dalam bangunan. Ini akan membawa kepada masalah yang lebih besar, yang dikenali sebagai Sindrom Bangunan Sakit (SBS). SBS boleh menyebabkan pelbagai penyakit termasuk alahan, masalah pernafasan akut, rasa tidak selesa dan kesan psikologi lain. Sistem Penilaian Pengalihudaraan adalah sebuah inovasi yang berasaskan sistem aplikasi data di komputer yang dibangunkan untuk mengakses dan mengukur aliran pengudaraan di bangunan baru atau diubahsuai untuk mencegah atau mengurangkan masalah ini. Tujuan sistem ini dibuat adalah untuk menyediakan maklumat bagi pereka bangunan dalam menyelesaikan isu-isu Kualiti Udara Dalaman (IAQ) terutamanya yang berkaitan dengan aliran pengudaraan berdasarkan peraturan-peraturan yang disediakan dalam Standard Malaysia (MS 1525). Sistem ini akan membolehkan pelan bangunan mudah diukur dan dianalisis berdasarkan data pengudaraan yang dikumpul di tapak, untuk membolehkan bangunan mendapatkan udara yang sihat dan mencukupi untuk tujuan pernafasan dan keselesaan pengguna bangunan. Sistem ini juga mampu mencadangkan pelan susun atur yang sesuai di dalam bangunan untuk memenuhi keperluan pengudaraan yang terdiri daripada pengudaraan silang dan pengudaraan tersusun (“stack”).

Metadata

Item Type: Article
Creators:
CreatorsID Num. / Email
Ahmad, Nur Azfahaninuraz020@perak.uitm.edu.my
Ahmad Zawawi, ZuraihanaUNSPECIFIED
Jamaludin, NazhatulzalkisUNSPECIFIED
Ahmad Salleh, KhairullizaUNSPECIFIED
Subjects: T Technology > TH Building construction > Details in building design and construction.Including walls, roofs
T Technology > TH Building construction > Heating and ventilation. Air conditioning
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Institute of Quality & Knowledge Advancement (InQKA)
Journal or Publication Title: Jurnal Inovasi Malaysia (JURIM)
Journal: UiTM Journal > Jurnal Inovasi Malaysia
ISSN: 2600-7606
Volume: 2
Number: 2
Page Range: pp. 55-70
Item ID: 29975
Uncontrolled Keywords: Pengudaraan semulajadi, Perumahan lestari, Sindrom bangunan sakit, Sistem penilaian pengalihudaraan
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/29975

Download

[img] Text
29975.pdf

Download (2MB)

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year