Kesilapan sebutan konsonan awalan dalam pembelajaran Bahasa Mandarin dalam kalangan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sarawak / Wee Sheau Ping and Cindy Richard Thing

Wee, Sheau Ping and Richard Thing, Cindy (2018) Kesilapan sebutan konsonan awalan dalam pembelajaran Bahasa Mandarin dalam kalangan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sarawak / Wee Sheau Ping and Cindy Richard Thing. ESTEEM Journal of Social Sciences and Humanities, 2. pp. 37-53. ISSN 2600-7274

Abstract

Kursus tahap permulaan bahasa Mandarin UiTM menggunakan sistem fonetik Hanyu Pinyin dalam pengajaran sebutan bahasa Mandarin. Pada awal pembelajaran, para pelajar bukan penutur jati didapati menghadapi kesukaran untuk mempelajari sistem fonetik tersebut. Sebutan yang tidak tepat boleh menjadi halangan untuk memahami mesej yang disampaikan oleh penutur. Permasalahan ini tidak akan berakhir sekiranya kesilapan sebutan tidak dapat dikenal pasti dan diperbetulkan pada peringkat awal pembelajaran bahasa Mandarin. Kajian ini meneliti kesilapan sebutan konsonan awalan 41 orang pelajar kursus bahasa Mandarin Tahap 1 iaitu TMC401 UiTM Sarawak yang terdiri daripada program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sistem Pejabat melalui kaedah pemerhatian dalam ujian simulasi. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa majoriti subjek membuat kesilapan sebutan dalam bunyibunyi plosif, frikatif dan afrikat. Hasil kajian memberi implikasi yang besar terhadap pengajar kursus agar menyedarkan dan membetulkan sebutan pelajar untuk mengatasi halangan sebutan pada peringkat awal pembelajaran. Dengan penguasaan sebutan bahasa Mandarin yang tepat, maka proses pembelajaran pelajar akan menjadi lebih mudah dan lancar.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
CreatorsID Num. / Email
Wee, Sheau Pingweesheauping@sarawak.uitm.edu.my
Richard Thing, Cindycindyrichardthing@sarawak.uitm.edu.my
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Language and education
P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Language and education > Malaysia
P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Study and teaching. Research
P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Study and teaching. Research > Conversation
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus
Journal or Publication Title: ESTEEM Journal of Social Sciences and Humanities
Journal: UiTM Journal > ESTEEM Journal of Social Sciences and Humanities
ISSN: 2600-7274
Volume: 2
Page Range: pp. 37-53
Official URL: https://ejssh.uitm.edu.my/
Item ID: 29575
Uncontrolled Keywords: mandarin, fonetik Hanyu Pinyin, bukan penutur jati, kesilapan sebutan, konsonan awalan
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/29575

Download

[img] Text
29575.pdf

Download (617kB)

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year