Kaedah melakar untuk diterjemahkan dalam bentuk lukisan cadangan seni reka perindustrian / Shahriman Zainal Abidin…[et al.]

Zainal Abidin, Shahriman and Ibrahim, Marzuki (2004) Kaedah melakar untuk diterjemahkan dalam bentuk lukisan cadangan seni reka perindustrian / Shahriman Zainal Abidin…[et al.]. [Research Reports] (Unpublished)

Abstract

Reka bentuk adalah proses kreatif yang menterjemah idea kepada kenyataan Walaupun pelajar dan/atau pereka mempunyai pelbagai ilmu pengetahuan dalam proses merekabentuk dan kefahaman teknikal, jika keupayaan mereka melukis dengan baik tidak mantap, segala idea dan konsep senireka tidak akan dapat direalisasikan secara 2 dimensi dan 3 dimensi. Kajian ini menguji kaedah konsep melakar secara perbandingan yang paling sesuai untuk dipraktikkan oleh pelajar di Institusi Pengajian Tinggi Awam yang mewakili zon utara, zon selatan, zon barat dan zon timur. Selain itu kajian menilai sejauh mana pemilihan jenama bagi material asas, jenis material, teknik asas melakar dan teknik menghasilkan lakaran terbaik memberi kesan kepada seseorang pelajar Seni Reka Perindustrian. Hasil kajian mendapati pencapaian pelajar banyak dipengaruhi oleh pemilihan jenama bagi material asas dan teknik menghasilkan lakaran yang betul dalam menghasilkan lukisan cadangan Seni Reka Perindustrian yang berkualiti tinggi. Seterusnya dapatan kajian menunjukkan hanya aspek mengajar mengikut kaedah kronologi melakar yang betul, demonstrasi, menunjuk contoh lakaran terbaik dan menggunakan alat bantuan mengajar oleh pensyarah adalah komponen penting serta signifikan bagi menghasilkan lakaran yang bermutu tinggi oleh pelajar Seni Reka Perindustrian.

Metadata

Item Type: Research Reports
Creators:
CreatorsID Num. / Email
Zainal Abidin, ShahrimanUNSPECIFIED
Ibrahim, MarzukiUNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NC Drawing. Design. IIlustration > Technique
N Fine Arts > NC Drawing. Design. IIlustration > Drawing for reproduction. Illustration
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus > Research Management Institute (RMI), UiTM Cawangan Kedah
Item ID: 28741
Uncontrolled Keywords: kefahaman teknikal; Institusi Pengajian Tinggi Awam; Seni Reka Perindustrian; dimensi; alat bantuan mengajar
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/28741

Download

[img] Text
LP_SHAHRIMAN ZAINAL ABIDIN RMI K 04_5.pdf

Download (192kB)

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year