Pembelajaran efektif menggunakan penunjuk Newton's Free Body Diagram (FBD) / Amin Aadenan … [et al.]

Aadenan, Amin and Abdullah, Siti Zaubidah and Jaafar, Nor Fadhlin and Makhtar, Nurulizzati (2018) Pembelajaran efektif menggunakan penunjuk Newton's Free Body Diagram (FBD) / Amin Aadenan … [et al.]. Jurnal Inovasi Malaysia (JURIM), 2 (1). pp. 61-74. ISSN 2600-7606

Abstract

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pelajar mengalami kesukaran untuk melukis gambar rajah daya yang merupakan langkah pertama dalam menyelesaikan soalan Hukum Newton. Justeru itu, sebuah alat bantuan mengajar telah dibangunkan dengan menekankan teknik lakaran dan lukisan gambar rajah daya. Objektif utama projek ini adalah untuk meningkatkan kemahiran para pelajar dalam melukis gambar rajah daya dan membantu para pelajar untuk memahaminya dengan lebih baik bagi menyelesaikan permasalahan di dalam topik Hukum Newton. Model ADDIE telah digunakan sebagai panduan untuk membangunkan alat ini. Kajian rintis awal penggunaan Newton s Free Body Diagram (FBD) Ruler ke atas pelajar jurusan Diploma Teknologi Makanan (ASH 6) mendapati, 81.25% pelajar mampu melukis gambar rajah arah daya dengan betul. Ini menunjukkan bahawa penggunaan alat ini sangat berkesan dan praktikal digunakan sebagai alat bantuan mengajar. Selain itu, hasil penggunaannya juga telah menunjukkan penurunan kadar peratusan kegagalan daripada 18.00 % (Sem 2 2016/2017) kepada 12.67 % (Sem 1 2017/2018) selepas penggunaannya. Ini terbukti bahawa penggunaan alat bantuan mengajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan rangsangan dan daya kefahaman pelajar di samping mewujudkan kepelbagaian teknik pengajaran yang baharu bagi pendidik untuk dilaksanakan dalam kelas.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
CreatorsID Num. / Email
Aadenan, AminUNSPECIFIED
Abdullah, Siti ZaubidahUNSPECIFIED
Jaafar, Nor FadhlinUNSPECIFIED
Makhtar, NurulizzatiUNSPECIFIED
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Learning. Learning strategies
Q Science > QC Physics > Descriptive and experimental mechanics
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Institute of Quality & Knowledge Advancement (InQKA)
Journal or Publication Title: Jurnal Inovasi Malaysia (JURIM)
Journal: UiTM Journal > Jurnal Inovasi Malaysia
ISSN: 2600-7606
Volume: 2
Number: 1
Page Range: pp. 61-74
Item ID: 26914
Uncontrolled Keywords: Hukum-hukum newton, Gambarajah badan bebas (GBB), Alat bantuan mengajar, ADDIE model, Fizik asas
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/26914

Download

[img] Text
AJ_AMIN AADENAN JURIM 18.pdf

Download (4MB)

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year