"Potensi penggunaan paip induk Unplasticised Polyvinyl Chloride (uPVC ) dalam menaikkan taraf sistem pengagihan air". Kes Kajian: Zon B, Kota Tinggi, Johor / Anuar Nordin

Nordin, Anuar (1998) "Potensi penggunaan paip induk Unplasticised Polyvinyl Chloride (uPVC ) dalam menaikkan taraf sistem pengagihan air". Kes Kajian: Zon B, Kota Tinggi, Johor / Anuar Nordin. Degree thesis, Universiti Teknologi MARA.

Abstract

Air merupakan sesuatu yang amat diperlukan di dalam kehidupan seharian manusia terutama untuk minuman dan kegiatan harian. Dimana air merupakan satu sumber yang dapat membantu pembangunan negara samada dibidang perindustrian, pertanian, pembinaan mahupun perdagangan. Pennintaan air adalah meningkat dari setahun ke setahun. Ini berdasarkan kepada Laporan Industri Air Malaysia 94/95 yang mana permintaan air di negara ini pada tahun 1970 adalah sebanyak 756 juta liter sehari dan telah meningkat kepada 7,000 juta liter sehari pada 1994. Secara praktikalnya, air yang telah dirawat di loji rawatan air akan dihantar kepada pengguna melalui paip-paip induk yang yang berukuran 75 mm diameter keatas. Kebanyakan daripada paip-paip utama ini terdiri daripada jenis Asbestos Cement (A C) yang telah digunakan sejak tahun 1960an lagi. Isu yang hangat diperkatakan sekarang adalah seperti dalam Keratan Akhbar Berita Harian 20 November 1996 mengenai masalah kebocoran paip dikenalpasti sebagai punca utama masalah pembaziran air selain daripada meter rosak dan penyambungan paip secara haram yang mana negara mengalami kerugian sebanyak RM 150 juta setahun akibat daripada pembaziran air yang disebabkan oleh paip pecah, meter rosak dan penyambungan paip air secara haram ini. Dissertasi ini akan membincangkan raengenai potensi penggunaan paip-paip induk Unplasticised Polyvinyl Chloride dan Asbestos Simen yang digunakan secara meluas dalam sistem penagihan air di negara ini serta beberapa paip-paip induk yang lain seperti Mild Steel, Ductile Iron dan juga High Density Polyethylene. Ianya adalah berdasarkan kepada garis panduan yang telah disediakan oleh Persatuan Air Malaysia (MWA) yang telah menggariskan beberapa kriteria-kriteria yang perlu diambilkira bagi pemilihan sesuatu paip induk yang akan digunakan dalam sistem pengagihan air tersebut. Peibincangan ini akan mengenalpasti potensi penggunaan paip-paip induk yang digunakan di negara ini khususnya paip induk A.C dan uPVC yang digunakan secara meluas di negara ini. Kajian yang dijalankan ini akan dapat membantu pihak Jabatan Bekalan Air dalam membuat pemilihan paip induk yang tepat dan seterusnya akan dapat membantu dalam mengurangkan kadar kebocoran dan kehilangan serta dapat meningkatkan taraf sistem pengagihan air di negara ini.

Metadata

Item Type: Thesis (Degree)
Creators:
CreatorsID Num. / Email
Nordin, AnuarUNSPECIFIED
Subjects: T Technology > TP Chemical technology > Polymers and polymer manufacture
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Item ID: 26776
Uncontrolled Keywords: Unplasticised Polyvinyl Chloride, Sistem pengagihan air, Kota Tinggi, Johor
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/26776

Download

[img] Text
TD_ANUAR NORDIN AP 98_5.pdf

Download (509kB)

Fulltext

Fulltext is available at:
UNSPECIFIED

ID Number

26776

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year