Keberkesanan kursus bahasa arab peringkat diploma dalam proses pembelajaran dari segi pertuturan: kajian kes di UiTM zon utara (Kampus Sungai Petani dan Kampus Arau) / Abdul Basir Awang @ Mohd Ramli …[et al.]

Awang@Mohd Ramli, Abdul Basir and Mansor, Idris (2005) Keberkesanan kursus bahasa arab peringkat diploma dalam proses pembelajaran dari segi pertuturan: kajian kes di UiTM zon utara (Kampus Sungai Petani dan Kampus Arau) / Abdul Basir Awang @ Mohd Ramli …[et al.]. Research Reports. Research Management Institude, Universiti Teknologi MARA, Sungai Petani, Kedah. (Unpublished)

Abstract

Kajian keberkesanan kursus bahasa Arab dari segi pertuturan ini amat penting memandangkan aspek pertuturan adalah asas utama sesuatu bahasa. Selain itu, ia juga bertujuan untuk melihat faktor pemilihan bahasa ini sebagai bahasa ketiga dan pengaruhnya terhadap pertuturan. Seterusnya mengkaji tahap kebolehan bertutur pelajar selepas mengikuti kursus ini selama dua semester dan mencari kaedah pembelajaran yang terbaik untuk pertuturan. Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik dan temubual. Seramai 150 orang responden dari UiTM Kedah dan Perlis dipilih untuk soal selidik dan 46 orang untuk temubual . Kaedah pemilihan yang digunakan ialah kaedah persempelan rawak berstrata. Sebahagian data telah dianalisis dengan menggunakan Statistikal Package for Social Sciences (SPSS) versi 10.0. Manakala sebahagian lagi dianalisis dengan menggunakan kaedah peratusan. Hasil kajian menunjukkan responden dapat bertutur bahasa Arab dengan baik berdasarkan objektif kursus BAB 101 dan BAB 151. Antara faktor utama keberkesanan ini ialah minat dan kefahaman pelajar yang jelas terhadap kepentingan Bahasa Arab. Selain itu teknik yang sesuai digunakan untuk pertuturan ialah teknik pengulangan bacaan dan kepelbagaian aktiviti. Faktor kekurangan perbendaharaan dan ketiadaan situasi yang menggunakan Bahasa Arab dikenalpasti sebagai faktor penghalang komunikasi. Untuk memperbanyakkan perbendaharaan kata para pelajar perlu diperluaskan skop perbincangan, bukan sekadar yang terdapat dalam buku teks atau latihan sahaja. Mereka juga perlu didedahkan dengan buku-buku bacaan sampingan yang mudah. Para pelajar juga perlu diberi kefahaman tentang bahasa ini agar tidak timbul soal negatif seperti bahasa yang susah dan sebagainya. Kajian yang seterusnya perlu dilakukan untuk mengenalpasti sejauhmana kepentingan bahasa Arab ini dalam kehidupan khususnya di alam pekerjaan.

Download

[img] Text
LP_ABDUL BASIR AWANG@MOHD RAMLI RMI K 05_5.pdf

Download (166kB)

Metadata

Item Type: Monograph (Research Reports)
Creators:
CreatorsID Num.
Awang@Mohd Ramli, Abdul BasirUNSPECIFIED
Mansor, IdrisUNSPECIFIED
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Institutions of higher education
L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Curriculum
L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Methods of study
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus > Research Management Institute (RMI)
Item ID: 26738
Uncontrolled Keywords: Bahasa Arab; Kebolehan bertutur; UiTM Kedah; UiTM Perlis
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/26738

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year