Kajian mengenai kerosakan struktur kayu ( Rumah Melayu Tradisional ) / Mohd Sukaimi Hamzah

Hamzah, Mohd Sukaimi (2000) Kajian mengenai kerosakan struktur kayu ( Rumah Melayu Tradisional ) / Mohd Sukaimi Hamzah. Degree thesis, Universiti Teknologi MARA.

Abstract

Kayu merupakan salah satu bahan binaan yang penting dalam industri binaan dari dulu hingga sekarang. Pembinaan rumah kayu amat meluas sebelumnya wujudnya bahan binaan lain seperti batu-bata, simen, besi keluli dan sebagainya. Masa telah merubah segalanya. Sejajar dengan teknologi binaan, rumah kayu semakin kurang mendapat tempat. la juga didorong oleh sumber kayu yang semakin terhad, mahal dan sukar untuk didapati. Walaupun begitu , terdapat lagi rumah-rumah kayu lama di kampungkampung dan pinggir bandar yang kekal hingga ke hari ini. Keadaan ini juga membuktikan kayu mempunyai daya ketahanan yang tersendiri. Keadaan rumah ini berbeza-beza mengikut penjagaan oleh tuan rumah, terdapat yang terbiar dan ada yang masih berada dalam keadaan baik. Rumah Melayu ini patut dikekalkan sebagai satu warisan kesenian bangsa Melayu yang kini semakin pupus. Oleh itu kajian ini dijalankan memandangkan rumah jenis ini semakin disisihkan dan bagi mendapatkan pengetahuan serta gambaran tentang kerosakan yang dialami oleh rumah tradisional Melayu. Pengetahuan tentang kerosakan struktur adalah penting bagi memudahkan pembaikan dan penjagaan dilakukan pada masa depan.

Download

[img] Text
TD_MOHD SUKAIMI HAMZAH AP 00_5.pdf

Download (514kB)

Fulltext

Fulltext is available at:
UNSPECIFIED

ID Number

26697

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year