Perbandingan pengurusan penyelenggaraan chalet di bahagian pendalaman dan tepi pantai dari sudut pandangan fizikal, fungsi dan ekonomi / Mohd. Khalid Aman

Aman, Mohd. Khalid (1999) Perbandingan pengurusan penyelenggaraan chalet di bahagian pendalaman dan tepi pantai dari sudut pandangan fizikal, fungsi dan ekonomi / Mohd. Khalid Aman. Degree thesis, Universiti Teknologi MARA.

Abstract

Sesebuah bangunan tidak dapat dipisahkan dengan aspek penyelenggaraan. Begitu juga dengan bangunan chalet terutama sekali yang dibina di bahagian pendalaman atau tepi pantai. Penyelenggaraan chalet adalah penting dan perlu diberi perhatian kerana ia merupakan tempat tinggal yang disewa oleh pelawat untuk mendapatkan keseronokan dan keselesaan. Oleh itu penyelenggaraan chalet adalah penting bagi mengurangkan kesulitan kepada pengguna serta kerugian kepada pemiliknya. Secara ringkas dissertasi ini akan mengkaji perbandingan struktur organisasi pengurusan penyelenggaraan, reka bentuk dan pemilihan bahan serta faktor penyebab kepada kerosakan di antara dua kawasan iaitu di bahagian pendalaman dan tepi pantai . Kes kajian perbandingan ini ialah bangunan chalet di Lanjut Golden Beach Resort Kuala Rompin Pahang dan Rimba Resorts ( Tasik Cini ) di Pekan Pahang. Aspek kajian struktur organisasi pengurusan penyelenggaraan merangkumi carta organisasi, keupayaan bertindak pada unit yang terbabit dan bagaimana sesuatu pengurusan penyelenggaraan dilaksanakan. Selain dari itu dissertasi ini juga akan mengkaji kos penyelenggaraan, peratus kerosakan dan pembaikan dan perbedzaan cuaca serta persekitaraan di antara dua kawasan pusat pelancongan Diakhir dissertasi ini, penulis akan membuat rumusan terhadap pengurusan penyelenggaraan , kekerapaan penggunaan , iklim dan persekitaraan yang mempengaruhi reka bentuk dan bahan binaan serta kekerapaan kerosakan dan pembaikan bagi menilai jangka hayat dan kepentingannya disegi ekonomi, fizikal dan fimgsinya.

Download

[img] Text
TD_MOHD KHALID AMAN AP 99_5.pdf

Download (332kB)

Metadata

Item Type: Thesis (Degree)
Creators:
CreatorsID Num.
Aman, Mohd. KhalidUNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NA Architecture > Aesthetics of cities. City planning and beautifying
Divisions: Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Item ID: 26695
Uncontrolled Keywords: pengurusan penyelenggaraan, chalet, fizikal, fungsi dan ekonomi
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/26695

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year